LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN SAYANG....

Semua yang kulakukan adalah untuk kebahagianmu.
Segalanya adalah untukmu.
Hanya...aku bukan perempuan yang sempurna,
selalu saja ada kata dan kesalahan
yang mungkin bisa menyakiti hatimu...
Selamat berpuasa sayang, terimalah maafku.
Bersama cinta....

Baru 2bulan kita menjadi suami isteri...
namun tidak banyak yang aku lakukan untuk
membuat kamu ceria dan bahagia...
Berikan aku lebih banyak hari, bulan, bahkan tahun,
untuk aku lebih membahagiakanmu.
Itu pun jika diizinkan olehNya...
Bersama bulan suci ini, kita simpul kembali
benang-benang pengertian diantara kita
zahir dan batin.

Maaf kalau selama ini aku suka membuat kamu kesal.
Memang kadang-kadang aku tidak mengerti kamu.
Tapi aku amat-amat menyayangi dan mencintai kamu.
Kamu pasti tahu bulan puasa akan datang ini,
aku akan jauh dari kamu..
Janganlah kejauhan itu menjadikan aku semakin jauh dari kamu...
Jadilah peneman setia untuk ku berbicara apa saja...
walau apa jua keadaan...
Maafkan aku zahir dan batin sayang...
I Love U.

Thursday, July 14, 2011

Jalan2 bersama Hubby

Hujung minggu lepas aku berpeluang berjumpa dengan suamiku.... maklumlah kami berjauhan.... Kesempatan yang diambil...kami telah berjalan2 memenuhi masa yang ade bersama.... Destinasi yang tidak dirancang..kami ke Cameron Highland (CH).... Entah yang keberapa kali aku sampai ke tempat ini... tapi inilah kali pertama aku ke Cameron Highland setelah berstatus puan. hehehehehe.

Dari Tapah ke CH..jalannya..huhuhuhu...terpusing sana..tersenget sini badan aku. huahaha. Sepanjang jalan ke CH terdapat banyak gerai2 orang asli di tepi2 jalan. Aku tengok dorang jual petai...rebung..pokok2 hutan.. ade yang jual hasil anyaman... Tapi xsinggah pun. Jalan nak ke CH jugak akan melalui lata..Kuala Woh dan jugak Lata Iskandar. 1 hari nnti kot baru nak pegi Kuala Woh.

Aku dan suami singgah sekejap kat Lata Iskandar..sebabnye tepi jalan je. Cantik gak la tempatnye...

suamiku yang tercinta

Sampai kt CH tempat pertama yang kami singgah adalah Tanah Rata..Ladang Teh. 

 Nie duk setting camera dia

kat ladang teh

tersengeh je...

Pas jalan2 kat ladang teh,aku dan suami ke destinasi seterusnya.. Cactus Point. Kat cni..hubby aku xnampak aku dah. hahahahaha. dia nampak bunga je. kalu xcaya,tengok gambar2 yang aku snap kt bawah2 nie... 




Hubby aku nie memg suke tangkap gambar...tambah2 gambar macro... Aku plak suke tengok hasilnya... Seterusnya  ke Taman Rama-rama. 


nak tangkap gambar rama2 ye


Destinasi seterusnya..pasar malam brinchang. Kt cni kami memborong sayur2an n strawbery untuk kami bawa pulang sebagai buah tangan. Jalan pulak jam teruk...berada terlalu lama di atas jalan raya. Tambah hujan... Masa yang ade xmengizinkan aku untuk membawa Mr. Hubby ke Cactus Valley. Tempat yang aku rasa paling best la. Mungkin lain kali...InsyaAllah. Masa untuk pulang ke kg. 

Nak balik.. sempat lagi 2.. huhu

Esoknya....Ahad, hari perpisahan aku dengan cinta hati. Dia akan pulang ke KL. Tapi sebelum dia meningalkan aku sempat lagi berjalan2... Tempat biasa kami... Hutan Paya Bakau.

Aku dan dia

kemana saje dengan cameranye.. hehe

Inilah cite saya berhujung minggu bersama en.suami. ;)

Tuesday, July 12, 2011

Perempuan..

Entri kali nie..len skit. Aku nak kongsi tentang hal perempuan. Mungkin sebab aku dah berumahtangga...so perlu lebih tahu banyak perkara. Salah satu daripadanya tentang apa yang aku nak kongsikan kt bawah ni...yang aku dapat dari blog Dr. Azwan. Nampak cam 'kureng' skit untuk dikongsi kan..tp apa salahnye kan... untuk pengetahuan bersama n untuk pengetahuan aku gak. Lelaki pun xsalah untuk tahu...sebab hidup dengan perempuan gak kan...huhuhuhu.
So ape sebenarnye aku nak kongsi..????

KITARAN HAID & WAKTU SUBUR.


Kitaran haid wanita adalah salah satu tajuk masa student dulu dan selalu masuk soalan esei.. ye k? ade kan... hehehe. Tp xlah terlalu detail.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID
Kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.







BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)



Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.


Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.



Diharapkan harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Friday, July 8, 2011

PENGEMBARAAN CINTA

Jauh sudah pengembaraan...menyemai kasih...menyulam rindu. Perkenalan sejak dari bangku sekolah akhirnya membawa aku dan dia ke jinjang pelamin... menyatukan dua hati. Selama 11 tahun dia telah menjadi kawan...teman..sahabat..kekasih...tunang..dan kini seorang suami....

Alhamdulillah… hari ini usia perkahwinan ku 43 hari… masih didalam kemanisan dalam menikmati apa itu sebuah rumahtangga…. Kemanisan yang akan aku kekalkan sehingga nafas terakhir…  menyelongkar rahsia sebuah penmbentukkan hati yang cukup sempurna dalam penciptaanya… 

Tanggal 27 Mei 2011
Tarikh yang xmungkin dapat aku lupakan..menjadi tanda keikhlasan hati dan cinta seorang kekasih kepada aku… Lafaz yang diucapkan  menjadikan hidupku sempurna..melengkapkan aku dengan adanya teman sepanjang hayatku..disisi kirinya itulah cinta ku…hingga keakhirnya.. InsyaAllah.
Syukur Alhamdulillah…dengan segala rahmatMu  Ya Allah.. Kau telah mengurniakan aku seorang suami yang selayaknya untuk ku… Menjadi tempat untuk ku berlindung…menjadi tempat untuk ku bermanja.. menjadi teman setiap waktu.. menjadi pembimbingku… menjadi imamku..menjadi penghibur hatiku.. menjadikan aku terasa begitu sempurna…  
Terima Kasih sayangku…


Lafaz terucap dengan janji

Alhamdulillah

syukurku pada Mu


Suami n isteri

semoga kami sentiasa dirahmati Allah swt

Keluarga baru ku... hehe


Majlis pada 28 Mei dan 29 Mei 2011


antara rakan2 yang hadir...

Ahli keluarga belah suami

 rakan2 maktab juga datang memeriahkan majlis

aku dan dia

pose....

aku

dia

ahli keluarga ku..

bibit2 CINTA

Majlis waktu malam

smile2..

kena jalan slow2..

waktu nie malu giler seyh

rakan2 yang hadir


KINI… Kau suami..aku isteri… 
Seronoknya berjalan2 dengan suami…. Bermula 01.06.11 Permulaan langkah menjadikan perjalanan ini satu sejarah yang akan aku ingat sampai bila2.. Kenangan terindah terabadi dijiwa… Perjalanan kami menuju ke Taiping-Penang- Kedah-Tapah-KL.... Episod baru yang cukup indah... 






Namun jarak pasti memisahkan kami… demi tugas dan tanggungjawab… Aku setiap waktu merindui dia.. sentiasa menanti saat2 untuk bertemunya… kadang kala mengalir air mata kerana terlalu merinduinya… kerana dia begitu sempurna padaku… aku amat2 terasa kelainan pada jiwaku…. Utuhnya kasih sayang dan cintaku… tidak seperti sebelumnya…mungkin inilah sebenarnya CINTA.. Ya Allah..Aku bersyukur dengan rasa ini.. Alhamdulillah..aku terasa bahagia bersamanya.... Biarlah kebahagiaan ini sentiasa berada dalam rumahtanggaku hingga ke akhirnya.....Amin..

Thursday, July 7, 2011

PERNIKAHAN----PERKAHWINAN





♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
............PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN..........
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


...¤    * 
  Buat  Suami
*     
¤    * 

Pernikahan atau Perkahwinan

Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)nya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan atau Perkahwinan

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh



                        (¯`v´¯) 

`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸

¤    * 
  Buat  Isteri 
  *     
¤    * 

Pernikahan atau Perkahwinan

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub atau pun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya

Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

                    (¯`v´¯)

`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
                                                           ╔╗ 
║║╔═╦╦╦═╗
║╚╣║║║║╩╣
 ╚═╩═╩═╩═╝ 
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃) 
/█\ ♥/█\ 
Your Husband / Wife

_____♥_♥_♥_♥_______♥_♥_♥_♥______
___♥_________♥___♥__________♥___
__♥____________♥_____________♥__
__♥____________♥_____________♥__
__♥__________♥Cinta♥__________♥__
___♥_________♥Apa ♥__________♥__
____♥_______♥Adanya♥_______♥___
______♥___________________♥_____
________♥_______________♥_______
__________♥__________♥__________
____________♥_____♥_____________
______________♥_♥_______________
_______________♥________________


F : Sebutir Kasih Sejuta Sayang