LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 24, 2011

LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA

Salam untuk yang sudi membaca... Hari ini terasa ingin berkongsi sedikit ilmu.. saya bukan seorang insan yang baik dan sempurna.. tetapi tidak salah kan berkongsi ilmu.. Mari sama2 kita hayati dan renungkan sebuah khutbah jumaat yang saya ambil salinannya di pejabat sebentar tadi....

Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah 

" Larangan menghina sesama manusia "

Sidang jumaat yang berbahagia,

Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah  untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85

Maksudnya : " Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "

Kaum muslimin yang berbahagia,

Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2
Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.
Sidang jumaat yang berbahagia,

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"        
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain 
Allah telah berfirman :
Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Sidang jumaat yang berbahagia,

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya,seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Kaum muslimin yang dimuliakan,

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Sidang yang jumaat yang berbahagia,

Mimbar jumaat yang hari ini sekali lagi berpesan kepada jemaah sekalian supaya berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :
Maksudnya : " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"" TAMAT.

SEKIAN..RENUNG2KAN..DAN SELAMAT BERAMAL..
SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH SWT..AMIN YA RABB...


Sunday, March 20, 2011

Negeri Perak tempat lahirku..


Aku adalah anak jati Perak.. Mak aku dilahirkan di Perak.. Bapak aku pun dilahirkan di Perak.. dan aku jugak dilahirkan di Perak.. So,aku nak kongsi sikit tentang sejarah Negeri Perak....yang cukup terkenal dengan pahlawan melayu nye seperti  Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che' Gondah, Ngah Ahmad, Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che' Ngah Ibrahim dan ramai lagi. Mereka ini adalah penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu... Em kalu korang nak tahu lebih mendalam..baca buku sejarah la.. Aku nak kongsi sikit je kt sini...  

ISTANA KAYANGAN

Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.
  • Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah(Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu BeruasManjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
  • Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
  • Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.
  • Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa PortugisAchehBugisSiamMinangkabauBelanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.



Lanjutan Kesultanan Melaka
Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.


Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.


Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-


Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka....'


Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda....Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......


Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.


Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.....

Saturday, March 19, 2011

gugurkah tanggungjawab..???

Hari ni aku nak kongsikan 1 artikel mengenai rumahtangga..dah lupa dari mana aku dapat..:)  Walaupun aku belum berumahtangga tapi sekadar ingin berkongsi tidak salah kan? 

Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah... Renung2kan...

Tuesday, March 15, 2011

weekend bersama si dia...

13 Mac 2011.........
Kembali mengunjungi tempat yg kami pernah junjungi dulu...dating..jalan2... hahaha.. Hutan Paya Bakau...@ Lumut. Mengisi masa sebelum bermulanya cerita yg penuh epik... HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA... kami jalan2 lah kt sini...
Sebenarnya lambat lagi nak upload gambar2 nie..sbb ade keja yg belum selesai...tp atas permintaan si dia,aku upload hari nie... hehehehehe. Jom tengok gambar....
konon2 macho lah 2... haha

aku...


gaduh xtentu pasal...

makin teruk.....

macam nak pujuk.. tapi????
 huhuhu..lama2 baik la... ;)



atas jambatan gantung..




mr.tunang yg poyoooosssss..


tunjuk kanan..

tunjuk kiri..

Insan yg aku sayang...


Gambar2 lain...permandangan kat c2.. yg agak menarik la kot..





Jumpa lagi kt next station... Bubye...

Saturday, March 5, 2011

bakal pengantin ajak berjalan...

Huhuhu.. entri kali nie cite pasal kawan2 baik aku... sapa lagi kalu x... Ma,Tun...n Dijah... Niza? em,jauh..xde kt kg.. Hari nie kami jalan2 untuk suke2 je..bakal pengantin yang ajak.. :) xde perancangan..main redah je.. hahahaha..


Hehehe..sape bakal pengntin 2?? hikhikhik...nnti tau2 sendiri la sape bakal jadi raja sehari tu ye.. dah xlama..semakin hampir.. debaran pun..dah kian terasa... kuang3...


Disebabkan xtau nak p mana...aku yg jg drver..bawak la dorang p Pasabina n Tesco kt lahat,Ipoh. Ade Ma, Tun..n adik Ma.. Mana Dijah?? ala xdapat join..dia bahagia di Bangkok.. Lupa lak aku nak mintak ole2 dari Bngkok kt Dijah... Em,kami just jalan2 je... makan..jalan2 balik.. hahahahaha... janji jalan kan..n paling penting kami hepi... :)


Nie sizzling mee kat Tesco... huhu,,sedap2..
Nie plak claypot chicken rice yg Tun makan... xok.. hahaha
 Nie aku...
Nie Ma... Peace!!
Erm2.... nie Tun Noraida...sibuk msg mr.tunang dia la 2.. hehe
Ma n Dik.. Double kedamaian... :)

 Hohohoho... nyam2...


Dua orang yang bakal menjadi isteri.. InsyaAllah...

Jalan punya jalan..sampai kaki aku rasa sakit lor... duk berjalan2..aku terpaksa lah berhenti duduk kt bangku kaki lima.. adoi..kalah plak aku kali nie.. padahal slalu aku ok jer.. heheehe... Balik,hujan rahmat membasahi bumi.. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah... nie sudah rasa letih...mau rehat n tido.. Mr.Tunang aku pun tengah bz reunion dengan kawan2nye... so..bubye...