LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 9, 2013

UPT Positif.... Alhamdulillah.


Detik masa berlalu,sekarang dah 22 weeks pregnancy……. Alhamdulillah.
Sekarang baru nak update story2 mum-to-be.  Hehehee.

Tanggal 31 Julai 2013= 22 Ramadhan, hati tergerak nak wat UPT setelah period lewat 2 minggu. Balik dari bengkel di pejabat terus aku singgah kt Guardian Tapah beli UPT. Lagipun dah beberapa kali hubby suruh chek sebab badan aku dah rasa lain macam..sakit pinggang yang teramat sangat..cepat letih..dan paling tidak diduga nak makan pedal ayam goreng yang seumur hidup rasanya xpernah dan tak suka makan benda tu... ohh nooooooooooo. So,positifkan diri..beli UPT.


(hambek kauuu,beli sampai 3 kotak, wat stok kt rumah)

Aku memang selalu ada stok kt rumah, tapi bila dah asyik –ve je..aku pun malas dah nak chek. Yelah, 2 tahun aku dan hubby menanti kan nya. Setiap bulan menghampakan…   

Tapi Alhamdulillah.. aku mendapat seorang suami yang amat memahami, tidak pernah memberi tekanan mengenai hal2 anak ini…dia sendiri melontarkan kata2 semangat…. ‘Akan ada rezeki kita nanti..’ walaupun aku tahu didalam hatinya pasti merasa tamparan seperti yang aku rasa.. tambah2 bila mendengar berita gembira oarang lain…pasti didalam hati turut terasa kesedihan itu… 
Lagi2 bila orang bertanya…dah ada baby ke? Bila nak ada anak? Soalan apa kah itu!!!!!!??? Korang xrasa..korang xkan faham! Tidak perlu dipersoalkan rezeki Allah….kerana kita tidak tahu jawapannya. Sebagai hambaNya kita perlu yakin, berusaha dan teruslah berdoa agar diberikan rezeki kepada kita. Terima kasih pada yang bertanya dan lantas mendoakan rezeki zuriat untuk kami. Semoga kalian juga dilimpahi rezeki. Amin.

Alhamdulillah…setelah 2 tahun bersabar, Allah akhirnya mendengar rintihan dan rayuanku yang amat daif ini… Bila aku buat UPT petang tu….. muncul 2 line..tidak sedar air mata mencurah dengan laju…terduduk ku dibirai katil..seolah2 tidak percaya dengan apa yang kulihat. Aku amati betul2 takut tersilap pandangan…

6.11pm, 31 Julai 2013.


Sujud syukurku padaMu Ya Allah….Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah….

Aku terus watsapp kt hubby…. Mula2 fikir esok pagi jelah, sabar dulu sebab ujian UPT elok dibuat early morning..keputusan diia lebih tepat. Tapi aku xsabar..gedikkkkk sangat nak bagitahu kt hubby… Masa bercerita dengan hubby 2 aku tak tahulah bagaimana rupa dia..duduk berjauhan kan…hehehe. Tapi bila terasa dia dah xcited, aku sabarkan dia supaya tunggu keputusan UPT pagi esok.. 

5.53am, 1 Ogos 2013.
23 Ramadhan… 1 Ogos 2013, 05.59am aku hantar gambar UPT lagi pada hubby…seronok rasanya..tidak tergambar kegembiraan itu. Hubby kata hadiah raya ni… 
Alhamdulillah…..

Doaku...