LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

OMBAK RINDU - berombak2 rinduku...

Huhuhuhu.....dh tengok cite ombak rindu? aku dah tengok dengan hubby 02.12.11 tayangan kt GSC Time Square. Punyalah ramai orang..penuh.... Ade seat kosong pun barisan depan.. Xkan nak duk depan... Bila hubby cakap xnak seat 2..xjadi..dalam hati aku kata.... 'ala...., nak tengok....' hukhuk. mood hampa skit masa 2...

Tapi........jeng3....
Dengan kebijaksanaan en.hubby saya,kami dapat seat...baik punya......huhuhu. K12 n K13. Tengah2..lebih kurang la. Hati ceria lo dapat tengok... Cite xtahu lagi cam ne...tapi masa 2 berharap agar cite 2 best...

DAN AKHIRNYA...........
Cite OMBAK RINDU best.... siyes best...
Izzah lakonan Maya Karin... gadis kampung...dengan make up yang nipis..nampak keaslian wajah..sesuai dengan wataknya....lakonan yang lembut...memang bagus la. :) Haris plak dilakonan oleh hero... Aaron Aziz.. Adoi....air matanya pasti meluluhkan hati setiap wanita yang memandang... seperti luluhnya hati Izzah.....Lelaki yang akhirnya tewas dengan cinta.. 'ada hati dan perasaan'.... Mila lakonan Lisa Surihani..huhu seorang wanita garang.... Tidak kira apa jua keadaan yang pasti apa yang dikehendaki pasti dimiliki... Dia tidak mahu melepaskan mimpi waktu kecilnya untuk berkahwin dengan 'prince charming' hatinya. Biarpun Haris menegaskan yang dia tidak mencintai Mila... tapi akhirnya dia mengalah 'Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah...'

Semua pelakon dalam cerita ini hidup dalam watak masing masing... cerita novel ini memang sesuai menjadi filem....membuatkan hati penonton beremosi mengikut jalan ceritanya.... Em,bohong la kalu aku xrasa pe2 bila tengok cite nie..tersentuh beb... terutama bila scene Izzah datang kepada Haris yang sedang tidur keletihan, lalu Izzah meletakkan kepalanya di dada Haris...huh..terusik hatiku.. touching la plak.. serentak plak dengan lagu ombak rindu dimainkan.... Walaupun sepanjang cite lagu nie je..agak memboringkan skit tapi best la....


"Tuhan tolong lembutkan hati dia..
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku"

So bagi aku cite nie best..xrugi tengok... TQVM untuk hubby saya yang tercinta sbb bawak saya p tengok cite nie... Cite ini punya mesej yang tersendiri untuk masyarakat. Jangan terlampau bongkak dan sombong dengan harta yang dimiliki dan jangan pula merendah-rendahkan manusia lain. Kita datang di tempat yang sama dan pergi juga di tempat yang sama. Jangan menggunakan orang lain untuk kesenangan diri sendiri walaupun orang itu bukan darah daging kita sendiri. Tetapi sifat kemanusiaan itu semestinya perlu ada di dalam hati semua orang.

Last, aku nak kata filem ini antara yang terbaik bagi tahun 2011...!

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!!!!

Sekalung tahniah kepada pasukan HARIMAU MALAYA yang telah bertungkus lumus mempertahankan emas buat negara..... Good job!! Terbaekkk la korang!!! huhuhu...

Aku tengok bola malam tadi wat jantung aku rasa nak luruh... hahahaha. Berdebar2....geram... semua ade.

Terima kasih buat pasukan Garuda yang memberikan saingan yang hebat untuk pasukan Malaysia...sehingga penonton yang tengok ni sampai rasa sakit tekak, sakit jantung.. sakit limpa... sakit hati... Pening3.... hahaha.

Walaupun aku rasa team harimau muda ni tak ada star macam safee sali tapi dorang bermain sebagai satu pasukan yg baik. Mungkin satu2nya star yg ada,adalah khairul fahmi yg memang cekap menjaga gawang Malaysia...Terbaeekkk..!

Apa pun tahniah buat semua pemain,jurulatih,pengurus, dan semua rakyat Malaysia yang sama2 menyokong dan mendoakan agar kemenangan emas untuk negara.....

Teruskan kejayaan... Kalau kita rasa xboleh menang..tapi kita jangan kalah... itulah yang korang tunjukkan dalam perlawanan malam tadi.. Aku rasa bangga.... TAHNIAH!!

Aku doakan Malaysia menang lagi untuk perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 esok dengan Syria....

Wednesday, November 16, 2011

besday anak2 tersayang.....

Tersenyum riang hati bila sampai dipintu kelas.... Kenapa? Kerana anak2 kecik menanti dengan penuh ragam... Gelak tawa..tangisan..jeritan... itulah penghibur hatiku. Kadang2 aku hayal dengan dunia mereka,lalu jauh melayang dukaku...jauh hilang segala masalah ku...jauh pergi segala sedihku.... kerana merekalah penghibur. Hari ini hanya tinggal 2 hari saja lagi aku bersama mereka...ada yang masih bersamaku ditahun hadapan..dan ada yang akan meninggalkan zaman tabika mereka....pergi kealam baru..

Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2011 bersama mereka...aku abadikan kenangan itu disudut hatiku.

Birthday Darwisy...
Danish Darwisy (adik) bersama cikgunya...
Birthday Damia Izzati (mia)
Pelajar Tabika 4 RAMD, Kem Tapah

Mia bersama kawan2...
Dapat hadiah.... ;)



Bersambung............

Thursday, November 10, 2011

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati

Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu

Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau

Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Disisimu ku terdiam seribu bahasa

Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu

Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai

Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku..



Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H....

Hari Raya Korban...Hari Raya Haji... Hari Raya Aidiladha...banyak namanya..tetapi sambutannya adalah sama. Disebaliknya, tercatat sejarah yang menyayat hati. Kisah ringkas ini aku kongsikan kepada anak-anak didikku.

Bemulanya cerita......

Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s mengembara di padang pasir.
Mereka sampai di suatu tempat yang jauh. Nabi Ibrahim a.s meninggalkan isteri dan anaknya di situ. Tempat itu panas dan tiada air.

Hajar menyerahkan nasibnya kepada Allah swt. Dia menangis mengenangkan nasib diri dan anknya yang masih kecil.

Anaknya terlalu dahaga. Hajar pun pergi mencari air. Dia pergi ke sana ke mari tetapi air tidak dijumpai.
Hajar tidak berputus asa kerana percaya kepada Allah swt. Dia terus mencari air di seluruh kawasan itu.
Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (terakhir). Ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zam-zam.

Makin lama makin ramai orang datang ke tempat itu. Kawasan itu manjadi bandar. Bandar itu dinamakan Makkah.

Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim a.s rindu kepada isteri dan anaknya. Dia mengembara menuju Makkah.
Akhirnya Nabi Ibrahim a.s menemui isteri dan anaknya Nabi Ismail a.s di Padang Arafah. Di situ Hajar dan Nabi Ismail a.s memelihara kambing.

Apabila petang, mereka bertiga pulang ke Makkah. Mereka tiba di Mudzalifah. Mereka tertidur keletihan. Nabi Ibrahim a.s bermimpi Allah swt memerintahkannya supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai korban.

Kemudiannya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s berjalan pergi ke daerah yang berbukit-bukau. Kawasan itu di daerah Mina. Dalam perjalanan, mereka menenui iblis. Iblis itu menggoda mereka supaya menentang perintah Allah swt.

Mereka tetap meneruskan perintah Allah swt. Mereka meneruskan perjalanan sehingga di sebuah kaki bukit. Di situlah Nabi Ismail a.s akan disembelih oleh bapanya.
Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih Nabi Ismail a.s. Tiba-tiba dia melihat Malaikat membawa seekor kibas yang gemuk

Nabi Ismail a.s terselamat. Kibas itu disembelih oleh Nabi Ibrahim a.s sebagai ganti Nabi Ismail a.s. Kemudian daging kibas itu disedekahkan kepada fakir miskin.

Kini kambing,unta, lembu, kerbau dikornankan di seluruh dunia. Orang Islam menyembelih binatang ternakan ini pada Hari Raya Haji.

**Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...

Wednesday, November 2, 2011

Rintihan Hatiku...

Ya Allah
berikan aku petunjuk dalam membuat sesuatu keputusan
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
bimbinglah aku dalam setiap langkah ku agar aku tak salah memilih jalan

Ya Allah
permudahkanlah segala apa yang aku usahakan
ringankan beban yang sedang aku tanggung
aku redha dalam setiap apa yang terjadi
kerana hanya Engkau yang lebih mengetahui
hanya pada-Mu aku memohon
hanya pada-Mu aku berserah...

Ya Allah, 
hiasilah aku dengan iman dan masukkanlah aku ke dalam golongan mereka
yang mendapatkan petunjuk... 
Aku tak sanggup lagi menerima semuanya..
Oh Tuhan berikan petunjuk-Mu Untuk kujadikan pegangan hidupku.. 
untuk aku teruskan kehidupan yang serba mencabar pada tika ini.. tak terjangkau segalanya Ya Allah..

Tak terluah rasanya aku kepada "Sayang".. Aku keliru, aku sedih, teramat sedih...lebih sedih dari biasa......dan......aku betul-betul inginkan petunjuk dari mu Ya Allah.. 

Sayang..ampunkan isterimu sayang.. 
Aku tak sanggup meluahkan perasaan sedih ku terhadapmu.. 
kerana aku teramat yakin kau tak akan memahami.. perasaan ini..
Hanya pada penciptaKU...
Aku meminta berikan petunjuk agar aku dapat menjalani hari-hari yang mendatang dengan tenang dan melakukan apa yang terbaik untuk aku dan "sayang".

Aku harus kuat. Ya, harus kuat. 
Aku sayang suamiku. Aku ingin suamiku bangga dengan isterinya... 
Aku ingin jadi isteri yang baik....ya Aku harus kuat walau apa pun yang terjadi.. harus ....

Yang aku perlu lakukan.. meminta padaNYA.. agar aku diberikan petunjuk.. Dan di akhirnya aku amat berharap semoga aku diberikan petunjuk oleh Allah ...Dan, semoga Tuhan Rabbul Izzati memakbulkan permintaanku..

Amin Ya Rabb.......

Tuesday, November 1, 2011

kisah rumahtangga menjadi panduan....

Adakalanya kita perlu MENANGIS..
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA, 
Adakalanya kita perlu KETAWA..
agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA...
Berterima kasih pada orang yg MENYAKITImu 
kerana dialah yg MENABAHKAN kamu, 
Berterima kasih pada orang yg TAK MENGENDAHKANmu 
kerana dia insan yg MEMUPUKmu BERDIKARI, 
Berterima kasih pada orang yg MENJATUHKAN mu 
kerana dialah orang yg MEMPERHEBATKANmu, 
Berterima kasih kepada orang yg MENYIKSAmu 
kerana dialah jua yg MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu....

Dilahirkan dalam keluarga yang mungkin nampak seperti kurang didikan agama....namun usaha ayah dan ibu meletakkan dirinya berpendidikan...ayah dan ibu bukan seorang yang suka maki hamun... tidak pula setiap hari ibu mendidik dengan kata2 kasar.... dan tidak pula seorang ayah membesarkan anaknya dengan sumpah seranah..... Namun dia menempuhi alam rumahtangganya dengan maki hamun seorang suami....menyebabkan dia berada dalam dilema...

Sebenarnya bukan sehari dua mengenali suaminya....atas dasar cinta segala ujian dilalui dengan penuh sabar. Suaminya seorang sangat penyayang....dan bertanggungjawab...namun dia mempunyai kelemahan iaitu sikap yang panas baran...

** Saya tidak biasa dengan perkataan yang kasar....apalagi mahu menghina dan mencaci orang. Tetapi saya selalu tersentak dan sebak apabila suami mengatakan saya perempuan sundal, sial, celaka, babi, jalang dan kata-kata kesat yang lain jika saya melakukan kesilapan walaupun kecil dan tidak sengaja. Suami juga sering bersangka buruk dengan saya, dia mengatakan yang bukan-bukan sedangkan saya tidak pernah melakukan kecurangan. Saya hanya mendiamkan diri dan menangis... Saya hanya menerima setiap kata-katanya dengan penuh sabar. Apabila kami berbaik semula....dia meminta maaf dengan setiap kata-katanya. Bolehkah saya lupakan kata-kata kasar itu yang saya anggap seperti pedang yang menghiris kalbu.....

Saya selalu kalah bila bercakap dengannya.. Pada dia saya sentiasa salah. Saya tahu,saya juga sering melakukan kesilapan, menyebabkan dia sering marah dan memaki hamun saya. Dan dia akan mengungkit macam-macam perkara yang lepas. Dia juga akan menghina dan mencaci keluarga saya..

Saya seorang yang amat sensitif..saya tidak suka marah dan lebih suka memendam perasaan. Kesihatan saya juga kadangkala sering terjejas kerana terlalu menghukum diri. Pada saya, saya adalah seperti wanita yang suami katakan..tidak berguna. Saya sering berasa rendah diri menyebabkan saya hilang keyakinan. Kadangkala saya juga menghadapi tekanan yang teramat kerana terlalu memikirkan sesuatu dengan terlalu dalam. Yang paling merisaukan saya, apabila bahagian bawah dada saya terasa ngilu bila hati saya terluka. Saya terpaksa menggosok-gosokkan bahagian tersebut dan menggenggam tangan saya untuk menahan rasa ngilu tersebut. Sukar untuk saya katakan...mungkin bahagian hati saya rosak.

Saya juga akan membaling apa saja dihadapan saya untuk melepaskan kemarahan. Kadangkala dinding menjadi mangsa pukulan dan tumbukan saya. Saya tidak pandai melepaskan kemarahan padanya..tetapi saya hanya melakukan untuk menghukum diri sendiri. Saya kadangkala degil dengannya..tidak mendengar kata-katanya
kerana saya protes dengan cara itu. Dia akan semakin marah dan hati saya akan terus terluka. Saya juga sudah pandai menghina dan memaki hamun orang lain sama seperti apa yang suami sering katakan kepada saya. Saya ingin berlapang dada..hidup dengan ceria,gembira dan bahagia dengan suami yang saya cintai. 

~~~~~~~~~~~~~**
Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup yang memerlukan penyesuaian, pengorbanan, persefahaman latar belakang pasangan dan keluarga pasangan. Ia juga memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi dalam mengharungi badai yang penuh dengan gelombang. Cara yang terbaik adalah sentiasa fokus dengan diri sendiri dan mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Mari lihat kenapa isu ini timbul..

* Mungkin sebelum ini puan memilih untuk memendam perasaan,mendiamkan diri dan menerima segala maki hamun dan cacian suami....tetapi apabila pendaman rasa itu sudah tepu, maka terasa seperti gunung berapi yang hendak meletup kerana sudah tidak tertahan lagi. Pendaman ini yang sangat menyakitkan dan akan menyebabkan diri terasa tertekan.

* Mungkin terlalu mengharap agar suami lebih memahami diri, berubah agar tidak lagi memaki hamun. Mengharapkan agar suami menjadi seperti yang puan harapkan tetapi hanya kekecewaan. Puan sudah mula rasa kecewa dan seolah-olah terlalu mengharap perubahan akan berlaku mengikut apa yang puan mahukan.

Apabila semua harapan dan pendaman tidak kesampaian, puan akan menjadi resah, tidak puas hati, menyalahkan suami, mengungkit semula apa yang berlaku sebelum ini dan sebagainya bagi membantu puan membalut luka yang sudah lama dipendamkan. Saya fahami dan kagum dengan harapan puan untuk menunggu perubahan suami. Namun bagi saya, puan terlalu fokus kepada suami sedangkan puan sudah sedia maklum bahawa puan sudah sedia menerima suami yang bercakap kasar, memaki hamun, bercakap kuat dan sebaginya.

Mungkin bagi melapangkan dada, buat masa ini puan boleh fikirkan untuk kurangkan harapan puan terhadap suami bagi mengelakkan rasa terlalu kecewa. Puan perlu sedar bahawa sesutu perubahan itu memerlukan masa yang lama, kesedaran sendiri dan petunjuk dari Allah swt. Teruskan usaha puan dan jangan putus asa. Selalulah berdoa untuk suami puan. Puan juga perlu mengawal desakan puan agar tidak timbul isu puan derhaka kepada suami. Puan juga perlu memuhasabah diri sendiri dan memperbaiki kesilapan.

Berbincanglah dengan suami dari hati kehati agar sama-sama memahami kehendak pasangan. Berbincanglah secara terbuka agar saling memahami isi hati dan jangan sesekali bersikap memendam perasaan. Pastikan suami faham dan jangan putus asa untuk menyatakan kepada suami bahawa masih ada peluang dan masa untuk nya berubah.

Biarkan suami membuat keputusannya dan puan harus redha atas apa jua keputusannya kerana dia bertanggungjawab dihadapan Allah swt. Puan perlu faham bahawa puan sebenarnya telah menerima realiti itu sejak dulu lagi. Oleh itu saya berharap agar puan fokus kepada diri sendiri dan tingkatkan keyakinan puan. Biarkan suami bertanggungjawab dengan apa yang dikatakan kepada puan. Saya berdoa agar suami puan diberikan petunjuk dan hidayah. Percayalah bahawa suami puan menyayangi puan dan kuatkan diri puan apabila dimaki hamun dengan solat dan berzikir. Teruskan usaha puan kerana sesungguhnya Allah swt menilai usaha bukan dari hasil yang didapati.

Akhir kata, masih ada keindahan dalam rumahtangga yang dilalui. Proses penyesuaian dan persefahaman masih belum 'matang' lagi. Belajarlah mengenal sifat suami dan cara-cara bagaimana melembutkan hatinya. Banyakkan solat dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk suami agar Allah swt melembutkan hatinya. 

** Kadangkala Allah swt menghantar orang yang kita tidak gemar sikap dan tingkah laku mereka yang sering menyakitkan hati. Namun, jika kita menganggap ini adalah ujian Allah untuk memberi pahala untuk kita, maka kita akan hadapi mereka dengan situasi yang tenang. Dalam Al-Quran ada menyebut, perkara yang kita benci itu, kadang-kadang ianya memberi kebaikan kepada kita. Yang penting adalah kebijaksanaan cara kita berhadapan dengan situasi tersebut.**



Monday, October 31, 2011

aku bukan siapa-siapa....

Dari sebuah cerita..aku definasikan cerita itu.... "Coretan untuk sekeping hati"


Malam ini seperti malam sebelumnya....
Aku terkejut seolah-olah kau benar-benar hadir....
Tidurku terganggu...mungkin asyik memikirkan kamu....

Teringat saat kita bersama. Ingat hari dimana kau selalu ada, menemani langkahku, mendampingi hidupku, mengisi hatiku, seperti dulu. Masih dengan rasa rindu yang kutahu takkan pernah berubah untukmu.

Andai saja kita saling terbuka. Andai kita sentiasa jujur dengan hati kita. Andai kita selalu ketepikan rasa egois. Mungkin kita tak akan seperti ini. Andai saja sedikit kau melihat hatiku. Tak mungkin kubiarkan diriku menjauh. Pergi mengusung piluku sendiri.
apapun yang terjadi...aku seringkali mengingtimu bahawa aku akan tetap ada untukmu.... 
Aku rindu semuanya...

Kalau biarkan perasaan lebih kuat daripada keegoan... pasti  tak perlu ada kesakitan... Dan mengapa kalau jauh darimu seperti ada sesuatu yang hilang? Ada yang tertinggal dan ada sesuatu yang kurang... 

Saat kau renungi mataku.....sedalam2nya..... Apa yang kau lihat?
Saat kau pelukku erat... Apa yang kau rasa?
Aku xlayak untukmu setelah sekian lama ini ku curahkan sepenuh isi hatiku padamu....??

Dan.....sudah kurelakan, kau pertimbangkan lah... Ini pertama dan terakhir aku membuka pegangan erat tanganku...xkan ada lagi peluang untuk kedua kalinya... agar kau mengerti maksud hatiku... Mungkin bukan aku...kerana aku bukan lagi yang kau cintai... Meski rasa sakit tak bisa kutepis. Bagaimanapun tak pernah kuinginkan kalau akhirnya seperti ini. Kau adalah sebahagian terindah dalam hidupku. Orang yang kucintai sepenuh hati. Yang pernah kuizinkan mengetuk pintu hatiku. Memasuki seluruh cinta yang selalu kusimpan rapat untuk masuk dalam setiap mimpiku. Semuanya akan kukenang, Terima kasih... Untuk segalanya. Mungkin itu yang belum sempat kuucapkan. Kerana membuatku bahagia...

Hanya satu yang tak akan pernah berubah.... Aku sayang kamu. Selamanya. Tak akan pernah meninggalkanmu. Melupakanmu. Dan masih selalu berharap, kebahagiaan mendampingi langkahmu. Mewarnai hidupmu. Walaupun aku berasa aku bukan lagi yang mampu membuatkan kau tersenyum indah... Aku ingin selalu melihat sinar dimatamu. Ingin melihatmu selalu tersenyum dan tertawa bahagia. Ingin mimpimu terwujud. Impian impian indah yang pernah kudengar. Aku ingin sekali mahu membuat harapanmu terkabul. Cuma itu yang tersisa kini...
Melihatmu bahagia... mendengarmu bahagia... berdoa agar kau bahagia....

Dan bila kau temuinya..carilah aku..khabarkan berita itu untukku... Aku akan pasrah menerima... Dan aku akan bahagia dengan kegembiraan yang kau kecapi........ 

Wednesday, October 19, 2011

Sepanjang Hidup...


Aku bersyukur kau di sini kasih
di kalbuku mengiringi
dan padamu ingin ku sampaikan

kau cahaya hati
dulu ku palingkan diri dari cinta
hingga kau hadir membasuh segalanya
oh inilah janjiku kepadamu


sepanjang hidup bersamamu
kesetiaanku tulus untukmu
hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
sepanjang hidup seiring waktu
aku bersyukur atas hadirmu
kini dan selamanya aku milikmu

yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
semoga Allah berkahi kita
kekasih penguat jiwaku

berdoa kau dan aku di Jannah
ku temukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
oh inilah janjiku kepadamu

yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
tiada ragu dengarkanlah
kidung cintaku yang abadi




Tuesday, October 18, 2011

PadaMu ku bersujud....

Ku menatap dalam kelam,
tiada yang bisa ku lihat,
selain hanya namaMu,
Ya Allah...

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku,
lindungi aku dari segala fitnah...

Kau tempatku meminta,
Kau beri ku bahagia,
jadikan aku selamanya,
hambaMu yang selalu bertaqwa...

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu,
saat Kau limpahkan kurniaMu,
dalam sunyi aku bersujud....

Monday, October 17, 2011

Setiap Tutur Kata itu.....


Kehidupan memberi kita pelbagai rasa.... Setiap rasa itulah adalah guru yang mengajar kita erti kehidupan sebenar... Kehidupan yang penuh dengan suka dan duka... Bagaimana rasa SUKA nya??? Bagaimana rasa DUKA nya... Suka itu adalah kebahagiaan dan ketenangan yang kita rasa...yang kita lalui..yang kita alami.. Dan rasa duka itu??? Salah satu dari rasa duka itu adalah cacian.... Persoalan dihati aku.. mengapakah perlunya ada cacian..? Mengapakah lantang mulut mengeluarkan kata2 yang amat kasar kepada seseorang? Bodoh! sial! babi! gila! dan macam2 lagi... DAN.......... Sakitnya sekeping hati itu bila dicaci...dihina..dikeji... Jika dapat dilihat dengan mata kasar....BAGAIMANAKAH RUPA HATI ITU?? Entri kali ini aku kongsikan mengenai TUTUR KATA... yang aku ambil dari kandungan ayat 
Surah Ibrahin Ayat 24-27. Semoga ianya dapat memberi manfaat dan pengajaran serta ingatan kepada semua...dan paling penting sebagai ingatan untuk diri aku sendiri.


[24]
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
[25]
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
[26]
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
[27]
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.



SETIAP kata yang keluar daripada mulut mempunyai pengaruh dan implikasi besar terhadap orang lain. Apa saja kata yang keluar pasti akan memberi kesan mendalam di hati orang lain yang ditujukan dengan kata-kata itu.
Jika orang melemparkan kata kasar dan kotor kepada kita, hati akan panas membara. Jika orang bercakap menggunakan bahasa dan kata yang halus dan lembut, hati akan sejuk sesejuk air mengalir.


“Kata-kata yang masuk ke dalam hati menerusi telinga adalah ibarat makanan yang masuk ke dalam perut menerusi mulut. Ada yang memberi manfaat dan ada yang menjadi mudarat. Ada yang menjadi penawar dan ada yang menjadi racun.”


Imam al-Ghazali menyebutkan,

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.” (Surah al-Humazah, ayat 1)


Dalam hal ini, Islam mengambil berat terhadap setiap perkataan yang diucapkan. Allah swt mengutuk dan membenci orang yang menggunakan lidahnya untuk mencaci atau mengeji. Allah swt berfirman yang bermaksud:
Hadis diriwayatkan daripada Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada yang lebih berat pada timbangan orang mukmin pada hari kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah swt benci orang yang berperi laku dan berkata jahat (caci dan cela).” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Perbuatan memaki, menghina, menyumpah dan sebagainya sangat ditegah dalam Islam. Ia hanya menimbulkan kebencian, pertelingkahan dan permusuhan sesama manusia. Islam menganjurkan umatnya supaya mengeluarkan perkataan yang baik, halus, berlapik, manis, indah dan sopan.
Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)
Perkataan yang baik bukan saja menggembirakan pendengar, malah boleh mendatangkan pahala seperti dijelaskan hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Perkataan yang baik itu adalah sedekah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Orang yang suka menghamburkan kalimat kasar dan kotor menandakan orang itu memiliki jiwa yang kasar dan kotor. Rasulullah SAW menekankan bahawa seorang mukmin yang sejati tidak sekali-kali menghamburkan kata-kata kasar, kotor, memaki, mengeji dan seumpamanya.
Hadis diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah seorang mukmin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan juga yang suka berkata kotor atau lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Jika ditinjau sejarah kehidupan Rasulullah SAW, kita akan mendapati Baginda tidak pernah berkata kasar kepada sesiapa pun, sebaliknya Baginda sentiasa menjaga tutur kata serta cara bergaul dengan setiap masyarakat.
Sikap Rasulullah SAW itu hendaklah menjadi contoh ikutan umat Islam hari ini. Jika berkata, berbicara, bergurau, bergaul dengan orang lain hendaklah dengan cara baik, bersopan santun dan penuh berbudi bahasa.
Jika kita mengasihi orang lain dengan tidak menyakiti mereka, maka Allah swt merahmati kita. Tidak ada yang lebih berharga di dunia ini dan di akhirat nanti melainkan rahmat Allah swt...

Thursday, October 13, 2011

cite dalam kelas....

Em hari2 yang berlalu aku semakin bosan.... nie pun xtahu nak merepek ape kt cni.. dah lama aku tinggalkan sejak kehilangan laptop.... tambah2 masa aku yang semakin sibuk... dengan hari potensi kanak-kanak.. nie nak pk tentang gotong -royong.. n paling penting hari konvokesyen yang akan tiba sebelum cuti persekolahan...

Mr.Hubby aku pun sibuk jugak... p pahang, p kursus kt pangkor... lama xjumpa suami tercinta... agaknya sebab 2 aku cam bosan je. hahahaha.

Em, teingat aku masa mengajar tadi.. sorang anak murid aku, Danish Darwisy... menangis xberhenti2... kuat lak 2 dia meraung... aduhai. Dia 4 tahun..manja sikit. aku marah dia sebab xdengar cakap aku..duk main gak... aku terlebih marah dia...pastu dia nangis sekuat2nya... Pembantu aku pujuk pun dia xnak. sampai waktu rehat..dia tetap nangis n xnak makan. Aku pujuk banyak kali pun dia tetap xnak diam gak...nangis gak lagi. macam2 cara aku buat nak bagi dia diam. Aku tanya dia.......

Aku : "kenapa adik nangis?"
Darwisy : "cikgu adik buat..." (sambil nangis2)
Aku : "cikgu wat ape?"
Darwisy : " cikgu adik marah adik..."
Aku : "kenapa cikgu marah adik?"
Darwisy : ...........lagi kuat dia menangis.......

Aduh....sudahnya aku biar...biar dia nangis... Tapi dia nangis mata dia tengok kt aku gak.. budak2 len, sedap makan...aku suh makan dia xnak. Dia tetap tengok aku..macam mintak simpati.. cian dia..muka dah la lembut..comey...tapi amat2 sensitif... huahahahaha. Aku xsampai hati tengok dia...pujuk gak...kali nie aku pujuk keras...dengan pembaris panjang... aku cakap,kalu xnak diam, cikgu bagi pembaris nie... tersedu2 dia..takut kena tibai dengan pembaris.. Aku gosok2 muka dia..baru dia diam. Nak dengan pembaris baru nak diam....? huh,sabar jelah.  Aku pujuk..tapi pujuk aku dengan tegas...sebab aku xnak terlalu manjakan dorang. biar dorang tahu kesalahan. Aku pujuk dia suh makan.... Nak tahu ape dia cakap?

Darwisy : "adik xnak suap..."
Aku : "habis sape nak suap?"
Darwisy : "adik nak cikgu suap.."

Em,sudahnya..... aku tersenyum dengan pembantu aku... perihal anak2 kecil ini amat menyentuh sanubariku....    Memahami dunia mereka adalah salah satu dari tugas aku...aku suap dia sampai habis makan...
Sebelum pulang...seperti biasa pengukuhan diberi kepada anak2 murid aku... Dan masa ini aku panggil Darwisy...tanya dia apa kesalahan dia dan kenapa cikgu marah....dia kata.."sebab adik main.." Aku peluk dia balik tanda aku sayang dia.... :-)) Habis cite....

Wednesday, September 14, 2011

Melayan Isteri....

Jika semalam aku kongsikan tentang layanan Isteri pada Suami... hari ini aku kongsikan pula layanan Suami pada Isteri.... Semoga semua pasangan suami isteri hidup bahagia hingga ke akhirnya serta sentiasa mendapat keredhaan dari Allah swt... InsyaAllah..

1- Jgn buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dgn ikhlas.. Kalau perlu pujuk, pujuk dgn mesra.. Ini kerana hati perempuan agak sensitif
& sesetengahnya mahu dipujuk.. Bila rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni remeh sahaja.. Dan Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati & jgn sesekali bermain kayu tiga dgn perempuan lain.. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal & naluri suami..

3- Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jgn asyik mahu menengking & menyalahkannya saja.. Dan jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri..Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

4- Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat2lah merawatnya & jika serius bawa jumpa doktor.. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya..

5- Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya & buka telinga luas2.. Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan & tersimpan telinga kiri....Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yg
diterima drpd isteri dgn bijak & prihatin..

6- Jgn sekali2 membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dgn emak anda kecuali masakan & cara menghias isteri anda lebih baik & canggih drpd emak anda..

7- Kalau pasangan sudah ada anak, sama2lah menjaga anak.. Jgn sekali2 lepas tangan & suami duduk tersandar depan TV atau relaks..sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.Tidak salah jika suami turut menjemur kain & menyapu sampah..

8- Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri & jgn habiskan semua krn kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan..

9- Kalau ada kwn & kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik2nya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah & menghias diri.. Ini akan mengelakkan
isteri berasa malu apabila tetamu dtg mengejut..

10- Jgn sekali2 menyakat & menyindir isteri mengenai saiz & bentuk badannya yg semakin gejuk atau semakin melidi.. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu..

11- Hormatilah ibu bapa & kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang & membodek mereka.. Jgn sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau..hati isteri akan terguris.

12- Jgn kedekut dgn isteri serta belanja utk keperluan rumahtangga.. Jgn pula si suami lebih mementingkan adik beradik.. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki.. Jika boleh, jgn bebankan isteri dgn masalah kewangan anda..Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong..Saling faham memahami itu penting.

13- Jgn bersepah & bersikap pengotor.. Apabila anda membuka baju, letakkan dlm bakul baju kotor.. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal.. Jika anda merokok, jgn merokok dlm rumah & bilik air.. Busuk tau tak!!

14- Rajin2lah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dgn kerja rumah & menjaga anak, apa lagi jika isteri sama2 bekerja.. Jgn tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah..

15- Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira.. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa & saling menghargai.. Ketepikan ego yg keterlaluan..

16- Berusahalah dgn ikhlas utk mempertahankan keharmonian rumahtangga.. Jgn membuat apa yg isteri tidak suka.. Kalau sekali suami buat baik dgn isteri, isteri akan balas berpuluh kali..

17-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, September 13, 2011

Melayan Suami....

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari Bee di Forum Tentang Cinta.

Mahram Bagi Wanita..

Ilmu: Mahram Bagi Wanita (Mahram Nasab dan Mahram Perkahwinan)

Lelaki dan perempuan semua kena ambil tahu... Semoga dapat manafaat bersama.. InsyaAllah...


Thursday, August 25, 2011

Cinta Hadir Untukku....



Cinta bagai sekuntum bunga indah menawan, yang membuai dengan hangat peluk kasih sayang, lembut dekapan naluri penuh pengertian, ungkapan kebaikan dan kejujuran, curahan keindahan senyum dan kesetiaan, rangkaian tenang bijak tindakan yang terangkum dalam rajutan kisah kehidupan.


Tak perlu orang tahu segala rahsia tentang sesuatu. Ku tak ingin ini semua menjadi berita, menjadi gosip semata. Tetaplah ini menjadi rahsia, tak usah bimbang andai hati sudah setia. Kerana ada cerita indah di antara kita.

Selama masih ada hangat suasana, kesepian tak lagi akan bermakna. Selama masih ada senyum ceria, kebahagiaan akan selalu terasa. Selama masih ada kebenaran mulia, arah hidup akan selalu terjaga. Semua akan terjaga saja selama masih ada iman dalam cinta di sana.


Bintang berkelip redup menemani bimbang sepi, mengalun jauh harungi malam dalam sunyi. Pastikan tercipta mimpi atau harus kau palingkan diri mu. Jangan terasa lelah bisikan cinta padu di hati mu.


Wahai Suamiku, jika pesona cinta melelahkanmu, dengarkanlah satu kataku; lupakanlah gelisah di hati kecil mu, kuatkanlah langkah, basuh lukamu. Hari masih panjang dan waktu tetap setia berjalan. Esok mentari pagi pasti akan terbit menghangatkan hatimu, dan langit malam pun akan bertabur bintang menemani tidurmu.


Pejamkan matamu sayang dan sandarkan bebanmu serta lepaskan sepimu. Percayalah, pasti ada yang akan merindukanmu. Rindu untuk menghiasi setiap mimpi indahmu dan bahagia untuk mencintaimu. Tersenyumlah dan temukanlah cinta.

Tak perlu dirimu ku taburi dengan berjuta kata janji. Andaikan engkau mengerti, menyintaiku dengan setulus hati, pasti kau akan sentiasa menemani dan menambatkan cinta di dalam hati ini.


Terima kasih Ya Allah atas cinta yang Kau anugerahkan. Mempertemukan aku dengan suamiku dalam satu kisah perjalanan. Menyatukan hati dalam satu ikatan kepastian. Menghapus kehampaan saat hati dalam kesedihan. Menguatkan langkah ketika tak ada lagi tujuan, dan semakin memberi makna rangkaian kisah kehidupan.

Sesungguhnya tidak sempurna sekuntum bunga, andai tak bersatu dengan sang kumbang yang ada, seiring perasaanmu yang tulus setia, pastilah akan selalu kubangga dan kucinta. Akan kugenggam tanganmu untuk berjalan bersama, berjalan melintasi hamparan dunia membina mahligai cinta perjalanan cinta kerana-Nya.

Ketulusan cinta sejati bukanlah sekadar harus dicari akan tetapi harus diresapi, dipahami, dan dimengerti. Yang utama bukanlah kecantikan diri, akan tetapi keanggunan yang tercermin jauh dari dalam lubuk hati.


Banyak bunga tumbuh mekar mewangi diluar sana, semakin mempesona di dalam taman puspawangi. Namun aku yang kau sentuh dalam dekapan hatimu. Kau suamiku permata buaian cinta abadi. Mungkin takkan mampu ku ungkapkan segala kesetiaan cinta sejati.


Kudayung menelusuri samudera hatimu. Berharap akan temukan tempat berlabuh. Di mana sisi hati kan menuangkan segala keluh. Menambatkan hati hanya untuk satu yang kudamba, yang ku harap dalam cinta untuk selamanya.

Andai janji tak pernah didusta takkan ada yang kecewa. Andai cinta tak mendua takkan ada air mata. Cinta tak mungkir janji tapi bukti yang pasti. Hanya cinta sejati yang akan abadi sampai di akhir nanti.


Aku tak pernah tahu kebahagiaan sesungguhnya hingga saat kudapatkan cintamu, dan aku tak pernah tahu derita yang sebenarnya sampai kukehilangan mu. Terima kasih telah mengenalkanku pada kedua rasa yang takkan pernah kulupa.


Saat cinta datang mengetuk pintu hati, membawa sejuta perhatian dan setangkai kasih sayang, ku sambut dengan penuh senyum, setelah cinta singgah di hati, dunia terasa indah sekali. Mendung terlihat seelok pelangi, dan tak sabar esok hari datang lagi...

Selagi ku diizinkan...aku akan terus menyintaimu.......
Suamiku sayang...

Tercoret ilham di sini ...
raya 2008 


Kenangan beraya bersama ibu tersayang tetap terpahat dihati... Tidak akan ku lupa... Tapi tahun ini kehilangannya terubat dengan kehadiran suami tercinta.. Raya tahun ini akan memberi erti yang cukup bermakna untuk aku..pertambahan ahli keluarga...akan lebih meriah. InsyaAllah...

Dengar lagu2 raya yang berkumandang,rasa xsabar nak balik kampung berhari raya..walaupun baju raya xde lagi nie.. hehehehe. Kueh-mueh,kakak aku akan uruskan...aku tolong sponser je.. Aku nak balik kg..nak pasang pelita..main bunga api...buat kueh raya..paling best..buat lemang, yang telah menjadi satu kemestian dalam keluarga aku sejak aku lahir lagi...huhuhu... memang best la. Dan seperti biasa dipagi raya...aku akan menyunjungi pusara ibu yang dikasihi... Semoga dicucuri rahmat keatasmu... Al-Fatihah. Aminn....

Bila raya terlalu banyak lagu raya yang amat aku minati...suke dengar..bukan lagu2 baru ye..lagu2 lama...yang penuh makna nak menyusuk kalbu..... paling best lagu nie............



Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu...



Dalam keriangan menyambut hari raya...jangan lupa pada mereka yang tiada...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN...


Semoga lebaran tahun ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dari Allah swt... Aminn.

Ramadhan yang semakin menghilang.....InsyaAllah bertemu kita ditahun hadapan jika Dia masih memberi peluang untuk ku......

Friday, August 19, 2011

Peralihan Zaman

Sedang duduk2 sendirian..teringat akan suami yang dalam perjalanan pulang untuk menemui aku... Dari KL... Sayang..semoga Allah sentiasa memeliharamu... Aku rindu kamu... Tak sabar rasanya nak berjumpa... 
Dia suami ku...yang dulu adalah teman baikku... Terimbas kenangan semasa zaman persekolahan... Satu2 tersingkap dibenak fikiranku..

Kehidupan di mayapada ini
Adakalanya sukar ku mengerti
Pada ku semalam yang dilewati
Tidak mungkin ia berulang kembali
Dengan tidak disangka-sangka bertemu kau semula...
Zaman persekolahan dulu tiba-tiba di mata ku

Persahabatan yang suci dan murni
Adakalanya sukar ku ketemui
Usik mengusik senda gurauan mu
Bermain-main dalam ingatan ku
Engkau ikhlas bila menolong
Engkau banyak mendorong
Walau kita lama terpisah
Engkau tak pernah ku lupa

Apa khabar mu?
Berapa lama kita tak jumpa
~~~~Macam dahulu
Engkau lihatlah tetap tak berubah
Sudahkah terisi kekosongan diri
~~~~Carilah sendiri jawapanya ketemu nanti

Semenjak dari pertemuan itu
Wajah mu bermain difikiran ku
Mengapa tidak dari dulu lagi
Kita alami geloraan ini
~~~~Mungkin inilah satu tanda
Kita sudah dewasa
Peralihan zaman ke zaman
Melalui pengalaman.........

Peralihan Zaman.... pengalaman suka duka bersama.... dan episod cinta diukir bersama janji2 bersaksikan Dia Yang Maha Kuasa..... 

Monday, August 8, 2011

Kekecewaan.......

Muka nampak cool....tapi dalam hati hanya Allah swt yang mengetahui...

Laptop aku hilang....tanpa aku sedar bila ianya hilang... mungkin kecuaian aku sendiri xmenjaganya seperti selalu. Laptop aku adalah kesayangan aku...ke mana saja aku pergi,mesti nak jaga dia elok2..simpan elok2.. takut hilang. Tapi malang nasib aku semalam... aku baru tersedar kehilangannya. Kali terakhir aku menyentuhnya adalah pada hari Jumaat lepas...aku nak balik kampung dan aku pasti aku bawak laptop aku ke kereta.

Aku letakkan kt atas bumbung kereta? MUNGKIN..... Tapi aku rasa aku dah masukkan dalam kereta sebelum bergerak. Lagi pun kalu betul...mesti ade orang nampak dan bagitau aku ade barang kt atas bumbung kereta.... aduhai.......

Kereta aku xberkunci? MUNGKIN ye......... senang orang nak ambil.. lagipun langsung xde kesan ape2 kerosakan pada kereta aku..semuanya elok seperti biasa. Ye..kereta aku xberkunci..mudah untuk orang ambil.. aku cuma mengharapkan orang yang ambil 2 akan pulangkan kembali.... aku amat2 memerlukan laptop 2 sebab semua kerja2 aku tersimpan kt dalam 2... amat2 susah untuk aku nak wat semua kerja2 aku.... agak tertekan dan begitu sedih... hukhuk................................................

Monday, August 1, 2011

HARAPAN RAMADHAN...

Alhamdulillah.... bertemu kembali dengan bulan suci yang cukup indah ini.... Ramadhan 1432H...
Tahun ini paling bermakna untuk aku... Kali pertama berpuasa bergelar isteri... walaupun kami berjauhan..tapi tetap terasa kelainan... Terasa seronok dengan kurniaanMu Ya Allah...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua....

seminggu sudah berlalu....

Em....lama dah cite nie tersimpan dalam draf.... xpublish2 sebab gambarnya ntah mana2....hahaha.


Ok...episod minggu lalu aku berhujung minggu lagi dengan kerja..yang xhabis2.. 15-20 Julai 2011 aku berkursus KSM untuk sesi ke-2. Elok je hari pertama kursus dapat tau hari sabtu 23 Julai kena kerja sedangkan aku dah merancang segala2 persiapan untuk membawa anak murid aku lawatan ke Zoo Taiping dan Kuala Kangsar. 


Paling aku rasa best bila Mr.Hubby pulang ke Tapah dan akan ikut lawatan 2... hehehe. Tapi alangkah sedihnya segala perancangan yang diatur terpaksa diubah... Hari sabtu tersebut aku terpaksa membuka kelas untuk aktviti gotong-royong perdana satu perak...dan lawatan ditunda pada hari Ahad 24 Julai 2011. Ala....macam mana suami aku nak ikut? Ahad dah kena balik KL balik...Bincang2 dengan dia...So aku kena terima yang Mr.Hubby xdapat ikut... paling sedih bila dia cakap boleh balik hanya untuk 1 hari je... amat2 sedih. Aku ayat2 jugak supaya dia akan ikut...tapi nyata keputusan itu mengecewakan aku... 


Hari jumaat... 22 Julai..aku menunggu kepulangan suami tercinta. Dalam hati yang hiba aku rasa amat gembira bertemunya walaupun cuba sekejap.... Sampai je..............................bla..bla..


Tiba2 Mr.Hubby kuarkan 1 kertas dari beg dia dan dihulurkan pada aku... 
Taadaaaaa..........................


surat cuti...

Apa perasaan korang kalu berada kt tempat aku masa 2? Huhuhuhuhu............aku gembira xterkata... Nak nangis pun ade... seronok sangat2.... Bermakna Mr. Hubby akan ikut aku p lawatan..... Huh..bestnye!!!!!
TQVM sayang.........Aku amat terharu dengan pengorbanannye untuk xmenghampakan aku...n buat aku hepi... Hati bebunga2 je.... Alhamdulillah...


23 Julai 2011.
Gotong-royong kt skol.... Letih la jugak...cian suami aku terpaksa O.T sama2 kemaskan kelas. hehehe. Cuci longkang...tukar tikar...mengemop...angkat barang...T.kasih sayang... :) Saya hanya belanja awak makan laksa di dalam hujan di pondok rimba... huhu.


nyam2...

Petang aku menemani si dia untuk mengunjungi tempat ilmunya di masa kecil... Sekolah Rendah Islam....Sg.Gading, Tapah... Aku dah risik2 pada kenalan dimana letaknya Sg Gading. So petang 2...aku dan dia ke tempat sejarah itu... ~~~~~~Aku share kt cni ok....... http://faazawanz.blogspot.com/2011/07/my-memories-once-upon-time.html


24 Julai 2011.
Lawatan..... Aku xnak cite panjang2.. Tapi amat seronok berjalan2 dengan anak kecil kesayangan aku bersama suami tercinta. Memang best...


bersiap untuk naik bas


pengiring termasuklah suami aku


 melayan anak2 murid aku makan


3 si comel...

faiz kuasa dua
( suami aku faiz, anak murid aku faiz )

si manja...

si comot....

semua dah penat.......

em....pastu jalan2 kt kuala kangsar... n balik ke Kem Tapah balik. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan yang paling penting selamat... Harap Mr.Haubby xserik la ye... hehehhehehe. pe2 pun jutaan terima kasih untuk semua pertolongan n paling penting tidak menghampakan saya.... :)

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN SAYANG....

Semua yang kulakukan adalah untuk kebahagianmu.
Segalanya adalah untukmu.
Hanya...aku bukan perempuan yang sempurna,
selalu saja ada kata dan kesalahan
yang mungkin bisa menyakiti hatimu...
Selamat berpuasa sayang, terimalah maafku.
Bersama cinta....

Baru 2bulan kita menjadi suami isteri...
namun tidak banyak yang aku lakukan untuk
membuat kamu ceria dan bahagia...
Berikan aku lebih banyak hari, bulan, bahkan tahun,
untuk aku lebih membahagiakanmu.
Itu pun jika diizinkan olehNya...
Bersama bulan suci ini, kita simpul kembali
benang-benang pengertian diantara kita
zahir dan batin.

Maaf kalau selama ini aku suka membuat kamu kesal.
Memang kadang-kadang aku tidak mengerti kamu.
Tapi aku amat-amat menyayangi dan mencintai kamu.
Kamu pasti tahu bulan puasa akan datang ini,
aku akan jauh dari kamu..
Janganlah kejauhan itu menjadikan aku semakin jauh dari kamu...
Jadilah peneman setia untuk ku berbicara apa saja...
walau apa jua keadaan...
Maafkan aku zahir dan batin sayang...
I Love U.