LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 18, 2011

Doa cintaku...


Ya Allah Yang Maha Pemurah…
Terima Kasih Ya Allah kerna Engkau telah menciptakan dia 
dan mempertemukan aku dengannya.
Terima Kasih Ya Rahman untuk saat - saat indah 
yang dapat kami nikmati bersama.
Terima Kasih Ya Rahim untuk setiap pertemuan 
yang dapat kami lalui bersama.


Ya Allah tolong satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya…
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya…
Agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana telah Engkau ciptakan…

Ya Allah...
Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh - sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka ku dengannya….
Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan….
Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan memakbulkan permohonanku.
Amin..

menghitung hari....

Hari nie dah 18 Mei... Kisah duka semalam perlu dicampakkan jauh walaupun terasa hati dengan sesuatu...

Wah... tinggal beberapa hari saje lagi..untuk menjadi seorang isteri... Takutnye...! betul ke nie..? terasa makin cepat lak masa berlalu... hehehehe. Segala persiapan masih dalam proses... Penat? xusah cakap lo....sampai demam2... Sakit?...xboleh nak layan2 sangat...sbb keje banyak yang menanti... Kena buat jugak...huhu. Cadang nak balik kg hari nie.. tapi badan yang tidak berdaya...xmampu rasanya nak drive kete balik ke kg...Mood pun cam xde je...

Alhamdulillah...hantaran aku dah settlekan semalam...sampai kul 1 pagi...nampak kecik je keje2nye...tapi remeh gak.. Tp xpelah...penat skit..janji siap.
Eh,siap ke? Alo...belum la.. ade lagi dua yang belum settle... adoi... xpe2,minggu nie leh buat.
Minggu depan keje2 mengemas rumah...n bilik...

Terasa cam kelam jugak skit.... Sbb aku keje.. hujung minggu baru leh buat semua 2...
Persiapan2 len...? ntah,aku pun xtau..ikut jelah...hahahahaha. Sebenarnye aku dah pening kot...
Segala hal2 lauk pauk..semua abah yang uruskan...kak yati n yoep membantu... Aku?? aku menguruskan hal2 baju...bila nak ambik aku pun xtahu...haha. Kena kemas rumah...hantar barang2 kt rumah mr.tunang... beli kaki semerit untuk hantaran... uruskan majlis khatam Al-Quran... membantu untuk majlis doa selamat hujung minggu nie... packing barang2... Aduh..terasa banyak lak keje yang xsettle lagi... badan aku pun dah rasa len je.... sebenarnye aku perlu rehat....tenangkan fikiran....jangan terlalu emosi... Aku kena hepi kan... Kalu ade rasa duka 2...kena pujuk supaya dia hepi...
Aku rasa xsihat sebab hati... sebab bila hati aku gembira.... wahhhhh........ xrasa sakit pun...berbunga2 lagi... Em tadi nampak sesuatu... ........ for you... Cepat2 nak baca...ingtkan ade pe2 untuk aku..baca2...em...bukan lo... Bodoh tul la aku nie....Memang nampak kebodohan aku. AMAT2 AKU KESALI... Jangan buat lagi ok... kadang2 aku nie ngok la... hahahaha. Tapi aku nie memang sensitif orangnye..Yelah..aku nie perempuan...mudah terasa..hukhuk...tapi mudah sejuk bila dipujuk... mudah gambira bila  digembirakan..... :) hehehe. em..ape yang aku membebel nie... haha

Tp yang pastinya aku xde mood la... buatlah ape pun...aku mesti rasa xbest.. aku nak rehat..n tido sepuasnye.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, May 17, 2011

ULANG TAHUN KU KE-26

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.


Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap dugaan yang Engkau turukan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga  yang Engkau berikan. Terima kasih kerana anak2 didik yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu


Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.


Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin meningkat dewasa ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia ini aku ingin selalu mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia yang semakin bertambah ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai kesempurnaan, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang Engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, usia ku makin meningkat...entah bila Engkau akan menjemputku kembali... entah bila usiaku akan semakin hampir kepada Alam Kematian…. Bila mengingtkan kematian...semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang ada ini untuk aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku bakal mendirikan rumah tangga..Kau berikan lah aku petunjuk kejalan yang benar.. Berikan aku kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan dialam rumahtangga... Aku ingin menjadi anak yang solehah...dan Kau izinkan aku untuk menjadi seorang ibu, isteri dan muaalim yang solehah..



Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.....

Thursday, May 12, 2011

MEI itu indah...

MEI 2011

Kali nie aku nak cite pasal bulan Mei.... Setiap tahun bulan Mei adalah bulan yang penting untuk aku sejak tahun 2001.... sebab ape? Bulan nie adalah bulan kelahiran insan tersayang... Mohammad Faiz B. Azamuddin... pada 02 MEI... Dari bangku sekolah lagi..aku tidak pernah lupa tarikh ulang tahun kelahirannya..dari kawan...sahabat..kekasih..sekarang tunang..dan bakal seorang suami...huhu. Bukan hadiah yang menjadi keutamaan..tetapi ingatan tanda diri dihargai..itu penting kan... So cara saya..akan mengingati tarikhnya..Paling lekeh pun sekadar ucapan.. haha. yelah zaman skol..ingat banyak duit..? hahaha. Tapi ade ke xbagi something..? em..ntah la..lupa dah. hikhik.


Mei juga merupakan bulan kelahiran aku iaitu pada 17 MEI... hehe.

Tapi tahun nie istimewa skit dari tahun2 yang lepas....sebab aku dan mr.tunang akan mengakhiri zaman bujang... Majlis pernikahan antara aku dan cinta hatiku akan berlangsung pada 27 Mei nanti di Masjid Padang Tenggala... InsyaAllah. semoga Allah swt memudahkan segala urusan kami dan memberkati majlis kami nanti.. Aminn... Majlis pula akan diadakan pada 28 MEI dikediaman aku dan 29 MEI di kediaman mr.tunang... Harap semuanya berjalan lancar... DIJEMPUT SEMUA KAWAN2 DAN SAUDARA MARA HADIR KE MAJLIS KAMI....

Itu lah sebabnya MEI begitu indah untuk aku....
Dalam bulan MEI juga,banyak tarikh2 yang disambut...contohnya hari Ahad minggu kedua merupakan Hari Ibu... Cam tahun ni, Hari Ibu ialah pada 08 MEI..
Cite pasal Hari Ibu nie..ade yang salah tafsir...taksub sangat kot. Tepulang pada niat. Setiap hari adalah hari ibu...kalu kita sekadar sambut untuk menghiburkan hati ibu...memberikan tanda terima kasih..salah ke? Em..terpulang pada individu...

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : 
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

16 MEI... Hari Guru..
Aku sebagai seorang guru...pastinya terasa dan tidak boleh lari dari tarikh ini... Melihat anak2 didik,aku terpanggil melunaskan tanggungjawab dan menyempurnakan amanah. Mendidik,membimbing, dan mencurahkan segala ilmu untuk mereka... Siapa kamu sekarang? Kejayaan kamu sekarang bermula dari huruf2 asas... A,B,C.... Dari nombor2 asas... 1,2,3... Hatta,kenanglah jasa guru2 kita yang telah mendidik kita... Semoga Allah swt memberikan kesejahteraan buat guru2 ku... Aminn....

hari nie, 12 MEI...Hari Jururawat. 
29 Mei nanti...Ulang Tahun Kelahiran Abang aku (yoep)

MEI itu indah... 
Aku dan sidia lahir pada bulan yang sama.. MEI..
kami memilih bulan MEI jugak sebagai tarikh pernikahan dan perkahwinan kami...
Itulah sebabnya MEI itu indah...

Monday, May 9, 2011

.........................................

08 Mei 2011..jam 6.15 pm.....
Innalillah.... Peginya Ayah Alang Itam ke rahmatullah.... Perkhabaran petang itu..menyedihkan... 2minggu terlantar dihospital Slim tanpa sedar... Malam tadi aku sekeluarga ke rumah arwah di Trolak Utara. Sayu hati melihat sekujur tubuh yang kaku... Pernah arwah berkata..teringin nak p majlis kenduri aku..tapi tidak kesampaian...
Cerita Mak Cik..2minggu lalu..arwah pulang ke kampung..ternampak air nira yang dijual ditepi jalan... Tiba2 rasa teringin nak minum....berhenti n menbeli... Selepas habis minum,arwah jatuh  dan selama 2 minggu tidak sedarkan diri di hospital...dan akhirnya semalam Allah telah menjemputnya kembali.... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah..

Petang ini..aku keseorangan....terkenang aku pada mereka yang telah pergi...Tambah hati ku layu....terasa diri tidak bererti...Hati yang sayu dan sedih...mudah menitiskan air mata... Duduk2 saja..air mata mudah jatuh... Tengah2 kesibukan juga air mata ini mudah jatuh... mengapa..?? Memendam rasa.....kenapa aku seorang yang mudah terasa hati....? merendah diri...terasa diri tidak layak...serba kekurangan.... fikiran tertumpu pada sesuatu yang aku tunggu tanpa jemu setiap masa....  Aku cari..aku tunggu...namun tiada...... dan pada setiap kalinya...hati rasa jauh..... teresak2..sendiri...menahan kepedihan....  Aku menunggu..dan penantian itu menyiksa perasaanku........................
Mana dia senyumanku....
hilang......................................................

Thursday, May 5, 2011

Bila kesepian menyelubungi jiwaku... tanpa aku sedar...mengalir air mata ini...
Kenapa..? Tiba2 aku emosi...mengenang nasib diri...yang dulu kecil..dimanja..dibelai...oleh mak n abah... Anak paling kecil ini memang manja...yang sering mereka risaukan... memberi apa saja yang diperlukan walaupun aku tidak meminta itu n ini... 


Makin aku dewasa...alam remaja yang aku lalui..MAK adalah kawan baik yang paling rapat..tempat aku berkongsi suka duka... tentang kawan2 di sekolah..tentang guru.. tentang hati..dan macam2 lagi.. soal perasaan...tidak pula aku terasa malu bila aku ceritakan tentang rasa cinta... tentang lelaki yang aku suke.. hehehe. Mak kata..kawan baik2..yang penting belajar... MAK adalah sahabat terbaik untuk aku... tapi MAK ade kawan baik jugak...iaitu ABAH. Bila aku cite macam2 kat MAK..mesti MAK cite kat ABAH... hehehe.
Alhamdulillah..aku bersyukur dikurniakan MAK n ABAH yang cukup sporting...tapi garang lo...hehehe.


Makin usia ku meningkat..aku kehilangan kawan baik ku itu... perginya MAK yang tiada gantinya... Kini tiba masanya anakmu ini untuk menjadi seorang isteri,...InsyaAllah... Kau yang melahirkan aku..membesarkan aku...akan menjadi milik seorang lelaki bergelar suami.. Sayangnya kau tiada untuk meraikan aku...melihat kebahagiaan n kegembiraan anakmu ini... 
Laju air mata mengalir.. saat kau aku ingati..bersama doa yang tidak putus2 aku kirimkan... Al-Fatihah..


Aku menyingkap kembali tentang diri....aku anak yang dulunya rajin solat...tidak aku tinggalkan....anak yang rajin mengaji...terkadang terdengar2 suara MAK mengikut bacaan ku.. 
Tapi kenapa aku makin lalai..hanyut dengan dunia ku sendiri... Tinggal hanya beberapa minggu saja lagi aku bakal menjadi seorang isteri....Aku ingin memperbaiki diriku.. Tuhan...tunjukkan aku jalan yang benar..bimbinglah aku kembali ke jalanMu... Berikan aku suami yang dapat membimbingku ke jalanMu...Semoga aku menjadi seorang isteri yang solehah...InsyaAllah... 
Aminn....



Dimalam penuh bintang
Diatas sejadah yang ku bentang
Sedu-sedan sendiri mengadu
Pada Yang Maha Kuasa
Betapa naïf diriku ini
Hidup tanpa ingat padaMu
Urat nadipun tahu aku hanpa
  
Dimalam penuh bintang
Dibawah sinar bulan purnama
Ku pasrahkan semua
Keluh dan kesah yang aku rasa
Sesak dadaku menagis pilu
Saat ku urai dosa-dosa ku
DihadapanMu aku tiada ertinya...

Doa kalbu tak dapat aku bendung
Deras bak hujan di gurun sahara
Hatiku yang gersang..
Terasa tenteram.

Hanya engkau yang tahu siapa aku
Tetapkan aku seperti malam ini
Sucikan diriku
Selama-lamanya......

Tuhan..seandainya dia telah tercipta untukku..
Kau satukan lah hatinya dengan hatiku..
Titipkan kemesraan dan kasih sayang antara kami...
Teguhkan hati kami dalam melayari bahtera perkahwinan...
Agar kami saling kasih mengasihi keranaMu 
Ya Allah...
Rahmatilah hubungan kami...
Berkatilah setiap perjalanan hidup kami...
Mudahkan segala urusan kami..
Bahagiakan kami dunia dan akhirat...
Amin Ya Rabbal a'lamin....

CINCIN MERISIK...



Monday, May 2, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang...

Assalamualaikum....


Hari kedua bulan Mei... 2 MEI...
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG....
Hari jadi insan istimewa...yang ke 27...seorang insan yang bakal  menjadi seorang suami hanya tinggal beberapa minggu saja lagi...InsyaAllah... Pada Tanggal ini..hati terpanggil untuk mengisi ruangan ini...untuk tatapan nya...


Dia yang aku sayang... tidak pernah di dalam hati ini untuk melukai hatimu.. hati yang penuh dengan cintaku... Tidak mungkin aku biarkan hati itu terluka..tidak akan ku biarkan hati itu terbiar..tanpa kasihku.. Walau ia sunyi..walau ia kosong..aku akan tetap ada mengisi ruangan itu....


Dalam keramaian aku masih merasa sepi..
Sendiri memikirkan kamu..
Kau genggam hatiku..dan kau tuliskan namamu..
Kau tulis namamu...


Tanggal kelahiranmu ini...Menggenapkan usiamu 27 tahun....usia yang membawa kamu bakal menjadi seorang suami...pada insan yang serba kekurangan ini... Aku mengakui kesilapan...dan aku akui setiap kelemahan diri... Jadi..sekiranya aku silap..bimbinglah aku ke jalan yang sebetulnya... jangan sesekali kamu menghukum aku...dan membiarkan aku tanpa kasihmu...


Tiada hadiah yang begitu berharga mampu aku berikan....sekadar hadiah untuk mengingati hari lahirmu...ucapan yang mungkin tiada makna.....


Yang tulus ikhlas...
Ingin sekali sekala dirinya dibalas..
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang...
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu....

Hari lahir mu ini adalah permulaan..."Mei Yang Indah..." 
Aku mendoakan agar kamu sentiasa dirahmati Allah swt selalu...semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dilimpahkan kebahagian dan dipayungi kesihatan berpanjangan... 

Tiada yang lebih bermakna untukku melainkan melihat kamu bahagia...tersenyum dan gembira pada setiap perjalanan hidupmu... Carilah kebahagiaanmu..sempurnakanlah hari2 mu dengan kegembiraan...lengkapkanlah hatimu dengan kasih sayang yang kamu inginkan... Aku akan sentiasa mendokan kesejahteraan dan kebahagiaanmu..... 

Salam akhir....

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG...

Aku amat mengasihimu....



SELAMAT UALANG TAHUN KE 27
M.FAIZ







SEMOGA HIDUPMU DIBERKATI..
SETIAP LANGKAHMU DILINDUNGI..
DAN SETIAP  PERJALANAN HIDUPMU DIRAHMATI ALLAH SWT...