LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

DIA JODOH KU?

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

DIA ADALAH JODOH KITA……..

1.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

2.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad 

Friday, January 21, 2011

CINTA LELAKI

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri – tanpa sedikit keterpaksaan.Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri – lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Sunday, January 16, 2011

Dia yang telah pergi...



Hari nie... 15 Januari...tarikh hari lahir ibu yang telah pergi menghadap Ilahi... pagi2 aku dah terkenangkan ibu...jauh disudut hati...aku terlalu merindui kasih seoang ibu... Dia yang mekar dihati...tanpa sedar..hampir dua tahun pemergiannya meninggalkan aku... Mak...kau tidak pernah aku lupa..kasih sayangmu...pengorbananmu...hidup dijiwaku...

Sepanjang perjalanan hidupku dibumi Allah swt ini...selama 24 tahun...kau sentiasa ada disisi..tatkala aku,susah,sakit...jatuh..terluka...kau penawar pada setiap kedukaan.... kau tidak pernah jemu berkorban untuk aku....memberikan aku yang terbaik...kau sanggup lakukan apa saja demi anak-anakmu....supaya berjaya di masa depan...

Emak...terkilan sungguh rasa hati..disaat aku mengecapi kejayaan..kesenangan...kau tiada untuk merasai segalanya hasil dari jerih perih mu... anakmu kini semakin mengecapi kejayaan n kebahagiaan... disaat kejayaanku....kau tiada untuk ku peluk...ku cium..tanda terima kasihku yang tidak terbalas kepadamu..... aku menahan sebak didada....menggengam kejayaan sekuat hati agar tiada air mata yang menitis...agar yang hadir meraikan aku, gembira...namun kuat mana aku menahan...tumpah jua...melihat abah...kak t...yoep...faiz.... hanya mereka yang ada untuk mengubati hati... ku pendam kesedihan jauh disudut hati.....

Emak...kini anakmu semakin dewasa..bakal menjadi seorang isteri tidak lama lagi... masih ku ingat pesanmu mak...terngiang2 ditelinga... setiap pesanan dan nasihat..xkan ku lupa hingga ke akhirnya..... Kasih yang terpendam bertahun lamanya..semakin menjadi kenyataan.... Jika hari ini emak masih ada,pastinya mak amat gembira..melihat anakmu.....impianmu dulu,akan menjadi kenyataan.... Faiz,nama yang tidak pernah jemu untuk kau mendengar...bakal menjaga ku kelak...aku mengharapkan kebahgiaan sentiasa ada bersama kami.. InsyaAllah...

Ibu..kasih sayangmu tetap subur dijiwaku..hingga keakhirnya... Smg mak tenang disana dan ditempatkan di syurga firdausi bersama mereka yang beriman... Al-Fatihah... Amin Ya Rabb....

Thursday, January 13, 2011

My Love Story

EDITOR FAAZAWANZ

Alhamdulullah.... betapa bersyukurnya aku pada Tuhan,memberikan aku rasa kasih dan cinta pada seorang anak adam...dan memberi aku merasai kasih sayangnya yang dicurahkan kepada aku...tiada belah baginya... Seperti aku yang mencintainya...dan aku tahu begitu jua dengan dirinya...yang mencintai aku... Salah ke tafsiran aku? Mungkin tidak... Kerana kami telah mengharungi suka duka perjalanan hidup bersama... Jatuh bangun aku, dia ada bersama aku... susah senangku, sama2 merasai... melayani setiap kerenahku...telatahku...bersabar dengan perangaiku....memberi apa yang kupinta...jarang sekali menghampakan ku... kadang2 memberi kejutan untuk ku...menggembirakan aku....dia amat membahagiakan aku...Dia insan teristimewa dihatiku... yang aku cintai..yang aku kasihi... dan yang aku sayangi....
 Pada kalian yang lain mungkin mempunyai tafsiran yang lain..tapi pada aku, dia insan yang cukup baik...mempunyai pendirian yang teguh....kuat berusaha...walaupun kadang2 dia mudah jemu...hehehe... Dia budak yang nakal...haha... suke mengusik...kadang2 manja.... Luarannya nampak ganas.....nampak sombong...tapi siapa yang mengenali hatinya... Aku cukup kenal dengan hatinya...biarlah beribu orang yang mengata itu dan ini...tapi aku tahu bagaimana dengan dirinya.... 
Bertahun lamanya perkenalan..dari seorang rakan sekelas,menjadi kawan baik..menjadi sahabat...merisik...mengikat tali pertunangan...dan InsyaAllah...akan malangsungkan majlis pada Mei 2011... Penyatuan hidup dalam alam rumahtangga...menyatukan dua hati....
Mungkin tiada siapa mengetahui hati ku...yang amat mencintainya...bagaimana ku nanti...jika tiada dia dalam ruang hidupku.. tidak dapat ku bayangkan..hidup tanpa dirinya....Tapi aku tahu segalanya adalah milikNya yang Maha Esa...Dia adalah pengatur dalah segala hal...
 Mungkin sudah tidak berapa lama sahaja lagi untuk aku menjadi permaisuri di hatinya...di segenap ruang rumahnya... Aku amat mengharapkan kebahagiaan akan sentiasa menjadi milik aku dan dia... Aku pohon kepadaMu Ya Allah agar memberikan kekuatan kepada aku dan dia dalam manjalani setiap liku dalam hidup berumahtangga nanti...agar kami saling bertolak ansur...sentiasa memahami...sentiasa bekasih sayang....n cinta mencintai hingga kesyurga....


Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan...Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... 
Dan ya Allah... Ya Tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan Ya Allah yang tercinta... Gantilah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang
telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan Engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin...

Kekasih hatiku.... Mohammad Faiz B. Azamuddin....

Wednesday, January 12, 2011

Demam....

Sapa yg demam nie....? Mr.Tunang..... Kesian sangat...dengar suara lemah je.... Teruk lah maknanya 2....xbese demam..bila sekali kena,ubat pun dah xlut.....
Aku kalu dia sakit..demam...aku mulalah susah hati..risau..walaupun aku tahu dia dah besar panjang....lelaki..tau jaga diri..tapi aku still risau... Aku akan menghubunginya....untuk memastikan keadaannya baik... Bila dengar suara dia,baru aku rasa lega skit.... Sekurang-kurangnya,xnampak kt depan mata....dengar suara pun jadilah...
Tapi bila dia dah pegi chek,kena ambik darah.....kena cucuk...kt buntut....hahahahaha....lega r skit hati aku.... Dengar klakar gak dia kena cucuk kt buntut...tapi cian....mesti sakit....

Setiap dalam doaku....aku mendoakan smg dia cepat sembuh....seperti bese... Dah r jauh dari kuarga..sapalah yg jaga dia...sendiri2 lah....tambah2 kalu xlarat....cian sayang.... Smg sayang cepat sembuh ye..... Kalu xdapat nak balik kg minggu nie....xpelah...yanz xkisah pun..len kali boleh balik...yang penting kesihatan sayang...

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....

PENGHAYATAN.....

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat..

Saturday, January 8, 2011

Sekeping hati...........

Lebih 48 jam.... 2 hari...aku xtahu mana arah....khabar berita..... Sekeping hati ini terlalu kecil...mudah rapuh dan terasa.... Hati ini mudah risau....bukan untuk membuatkan mereka seperti kanak-kanak kecil....tak perlu untuk aku risau..n berfikir... Tapi hati ini penuh dengan kasih sayang... kasih sayang itu menyemput sekeping hati ini menerbitkan perasaan risau..... Salah k hati aku..merisaukan seseorang yang amat kita sayang??? Aku dalam sabar..masih menunggu..menunggu....dan cuba berfikiran baik..n mahu melelapkan mata... namun...pejaman mata tidak mahu sama2 berkawan dengan fikiran... hati meronta..risau...risau sangat... Lantas berusaha untuk menghubungi....cuba dan cuba...dan akhirnya...MAKIAN!!!! Makian adalah jawapan dari penantian sekeping hati aku.... berdegup kencang hati....tatkala menerima jawapan itu...

Berlinangan air mata aku..tanpa sedar ia menitis sendiri.....jenuh ku pujuk hati sendiri..tapi sebak di hati amat terasa.... jauh di sudut hati..amat terasa dengan kata2..yang sukar untuk hati menerima.... Bukan suka2 aku untuk menghubungi...mengganggu ketenteraman insan yang sedang lena.....tapi hati aku risau... tambah aku tahu dia tidak sihat...macam2 yang berlegar difikiran.... Kalu aku tahu..sudah memejamkan mata, aku tidak akan mengganggu..... salah k hati aku...aku tak minta hati aku untuk risau...tapi hadirnya sendiri..tak dapat aku elak.....tak mampu aku pujuk..... Aku boleh buat2 xkisah..membiarkan... atau kata lain.. LANTAK!! Tapi hati aku bukan begitu.... Kenapa terlalu sukar memahami... aku pun tidak mahu ader perasaan macam 2...nak wat aper risau kt orang lain... nak wat ape aku fikir...tapi sekeping hati yang menyayangi..ader rasa kasih sayang...mesti risau..tiba2 senyap..diam...aku tak tahu apa yang berlaku... 

Siapa yang suka dimaki...dicaci... Kalu aku tahu..aku pun tak mahu mengganggu....Kerisauan aku menjadi duri...dan hadiah dari kasih sayang adalah MAKI... dan jika aku cakap...aku akan tahu jawapannya...KALU NAK TERASA..AMBIKLAH.... Aku seperti biasa memujuk hati sendiri.... tersedu aku pada kelam malam..sunyi dan sepi adalah teman..... Air mata berjadi penawar... Tatkala memujuk hati...aku seringkali menyalahkan diri sendiri...sekali lagi aku menghukum hatiku....membiarkan ia remuk...menerima cacian..makian....PADAN MUKA!!! sekeping hati ini salah...jangan maafkan....biarkan ia sakit...dan terus sakit... 

Kenapa aku terlalu sensitif...terasa... jika mampu aku lihat...mungkin terlalu banyak lubang2 pada sekeping hati aku..... sabarlah..... tapi sampai bila...??????

Aku tahu...semuanya salah aku... maafkan aku kerana kasih sayang aku.....hatiku selalu berfikir tentang mereka yang aku sayang.....lantas mengganggu kehidupan kalian... 

MAAFKAN SEKEPING HATI KU INI........


Dalam sepi ini..aku pastinya amat2 memerlukan insan yg paling aku cintai... sayang...ader kt mana..?? saya amat2 memerlukan kamu.... Kau adalah penawar pada setiap luka2 ku....bahagia aku bersama mu....

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Malam Masihi Baru
Seruan Bilal Masjid melaung.... berkumandang dari corong sistem pembesar suara,  namun Azan tenggelam jua dengan riuh-rendah merata dunia yang sibuk dan terlalu sesak dijalanraya terutama jam 12 tengah malam... 12 tengah malam yang tiba menjadi penanda aras alam semesta hingga tak terdaya kuasa melawan arus globalisasi tahun baru 2011 Masihi. Menjadi satu agenda dan pentas yang dikomersialisasi, sensasi hiburan hayalan duniawi..... setiap pelusuk kotaraya menyambut tiba kehadirannya... bergembira....bersuka ria dan berdansa cium-ciuman lelaki perempuan.... pemuda yang mezahirkan jeritan dijalanan...pemudi yang membonceng tidak sesekali gentar....anak gelendangan di jalanan tak ambil kisah raikan sambutan cari rezeki haram atau halalan?.....

Tiada yang memberi nilai positif... berapa ramai yang kecundang...maut dihujung nadi... Berapa ramai yang diseret ke pindu besi.... duduk dilantai...sehelai sepinggang.... jauh dari dunia manusia lain.....

Lantas...kotak fikirku jauh merenung sesuatu....... 

Aku.....cukuplah sekadar tahu hari ini adalah hari pertama tahun 2011.... Tiada apa yang perlu aku sambut jika ianya tidak memberi manfaat untuk aku...... aku sekadar merenung setahun yang lalu...perjalanan suka duka ku....yang pasti telah banyak memberi penganjaran..pengalaman....n mematangkan diri aku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang....