LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 23, 2012

Keganasan Rumahtangga....

"KECEDERAANKU TERPENDAM"

ADAKAH ANDA MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA???? 
SAMADA SECARA FIZIKAL..EMOSI... SEKSUAL..PSIKOLOGI??? 

Alhamdulillah...seminar Kesedaran Keganasan Rumahtangga  telah berjaya aku ikuti. Dah selesai..melangkah keluar je dari dewan tadi...huh,lega....!


Dan.........
Ianya terkesan dihati aku.......
Apa yang aku dapat..sedikit sebanyak aku kongsikan kt sini.


Apa itu keganasan rumahtangga?
~~~ Merupakan satu aspek kekejaman dalam rumahtangga. Ianya berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa di dalam ketakutan, kesedihan dan kebebasan si mangsa disekat... 


Jenis2 keganasan rumahtangga
~~~ Penderaan fizikal.
        (tampar, tumbuk, cekik, pijak dll)

Rania al-baz
Kita nampak kan... gambar kt atas, kesan dari keganasan fizikal dalm rumahtangga.


~~~ Penderaan emosi.
        (memaki hamun, mengherdik, merendah-rendahkan, menghina, mencaci,mengawal gerak geri, mengawal kewangan dll)
Nie kita susah nak kesan..xnampak... Contoh paling mudah penceramah tadi bagi... "ko ingat ko 2 cantik sangat? belakang kuali lagi cantik dari ko!" , "ko 2 bodoh....keldai lagi pandai dari ko" Nah...ianya terpahat dihati... mangsa akan berasa rendah diri...tidak dihargai dan dihormati...


~~~  Penderaan seksual.
         (seks tanpa rela, seks dengan ugutan)
~~~~Penderaan mental, spiritual, dan psikologi...


Bagaimana ianya berlaku?
~~~ Bermula dengan perselisihan, si isteri lebih banyak mengalah dan si SUAMI menjadi DOMINAN.
~~~ Si suami tidak dapat mengawal kemarahan, si isteri tidak melawan dan memendam perasaan dan akhirnya si ISTERI mengalami TEKANAN PSIKOLOGI yang keterlaluan.


Kesannya amat mendalam pada mangsa keganasan rumahtangga.... kecederaan fizikal, masalah mental dan emosi, murung, susah tidur, rendah diri, sering terperanjat, pendarahan semasa hamil, keguguran, kemusnahan harta peribadi dll. Mangsa juga akan sentiasa merasa takut.. risau dengan mood suami... rasa tersisih...tertekan..memusnahkan peralatan seperti komputer, telefon bimbit, pasu, televisyen dll.


Ianya akan terus berlaku....sepanjang hayat...kerana ianya adalah satu kitaran... Berulang-ulang dan bakal terjadi kepada pewaris pula dan begitulah seterusnya.... Apa yang diajar..itu yang akan diajar...


Dari permasalah seperti stress...kewangan...sikap panas baran...alkohol atau mcm2 lg yg lain... 


Satu kisah benar yang aku xingat nama mangsa tadi....Suaminya mempunyai sikap panas baran yang sukar untuk dikawal...dilepaskan kepada isteri..... herdikan..cacian....maki hamun...dll. Mangsa menjalani hidup dalam bahagia ada duka tersimpan... Hilang bahagia yang dirasai apabila suami bersikap panas baran...yang sering mengherdik..menghina..sehingga mangsa berasa rendah diri..hilang keyakinan...dan mengalami tekanan perasaan. Dan sehingga pada satu ketika si isteri lupa membeli 1 barang yang dipesan suami..akhirnya dia ditampar. bermulalah episod baru... Sejak dari itu..suami sering memukul...dan mendera...
Mangsa ingin keluar dari kepompong keganasan rumahtngga apabila tidak lagi sanggup untuk bersabar...mencari jalan keluar yang begitu payah...alhamdulillah ada rakan yang membantu..dan membawa mangsa ke pihak yang lebih layak melindunginya.


Temubual pertama mangsa bersama pihak kebajikan masyarakat.... 


"kenapa berdiam diri?" ~~~ "saya takut..."
"xperlu takut kerana kamu mempunyai hak untuk hidup bahagia" ~~~~"saya nie bodoh..."
Dalam tempoh 1 jam temubual tersebut..berulang-ulang kali perkataan BODOH keluar dari mulutnya... Cacian suami mangsa hidup terpahat dihati dan fikirannya...


Mangsa hilang kekuatan...tiada keyakinan diri...rendah diri yang terlampau.... 
Tapi mangsa ini dilindungi....dan akhirnya, kini mangsa dapat menikmati hidup yang lebih baik.. Alhamdulillah. 


Aku menangis melihat video yang dirakam oleh anak mangsa ketika mangsa diherdik..dicaci...oleh suaminya..berkali2 perkataan stupid, xguna dan mcm2 lagi keluar. Teresak2 mangsa menahan... 1 dewan tadi merasa kesengsaraan mangsa.. Video mangsa dipukul...jeritan,tangisan...tidak sedar tangan ku menutup telingaku.. aku xmampu menahan.....................


Wahai mangsa keganasan..keluarlah dari kepompong duka itu..... 
Banyak jalan untuk anda meneruskan kehidupan yang lebih baik......perbincangan, kaunseling, jabatan kebajikan masyarakat, jabatan agama islam, Talian Nur dan macam2 lagi...  
15999-call la talian nur ini sekiranya anda memerlukan perlindungan dan nasihat.


Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda: 
Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali oarang yang rendah pekertinya” – (riwayat Abu Daud).

Friday, February 17, 2012

Selawat Burdah

Assalamualaikum....

Tika waktu ini..jiwa terasa tenang..damai walaupun aku hanya keseorangan tanpa suami dan keluarga disisi...mereka dijiwa....hidup dihatiku setiap masa.... Tika asyik mendengar radio IKIM....terdengar alunan selawat yang mengetuk pintu hatiku....lalu bibir turut sama mengalunkan dengan rentak irama yang menghiburkan...

Bila habis je selawat itu...aku rasa cam, ala.....dah habis..

Tp...bibir ku terus mengalunkannya tanpa berasa bosan....aku terasa nak dengar...nak dengar..nak dengar lagi...emmm want to hear again..... Selalunya aku dengar alunan dari Sami Yusuf...len skit la lirik dia.. tapi yang nie alunan suara Amar.

Dan....



Lagi best kalu kita dengar dan tahu maknanya kan..... 
Tapi aku tahu makna tuk 2 baris yang pertama je....


*Ya Allah selawat dan salam selalu dan selamanya
*Buat kekasih Engkau (Muhammad s.a.w.) sebaik-baik ciptaan Allah sekaliannya...

Seterusnya...???????

So korang dengar la...gerenti best... :-) 
Selamat berselawat sambil berhibur......

Saturday, February 11, 2012

Doa Memohon Zuriat


Assalamualaikum...


Terlalu lama rasanya aku tinggalkan laman ini....tiada coretan...
So, entri kali ini hanya sekadar untuk berkongsi... lebih kepada ilmu untuk aku dan suami... Mungkin boleh di buat amalan bagi yang ingin menimang cahaya mata...seperti aku...


Bagi aku dan suami, bohong jika kami katakan tidak menantikan rezeki yang pastinya Allah swt lebih mengetahui...kami memang ingin menimang cahaya mata... siapa yang xnak kan??


Lapan bulan mendirikan mahligai cinta...rasa macam baru je.. tetapi pertanyaan2 yang mula ditimbulkan kadang2 membuatkan aku agak sensitif... ramai kawan2 yg kawen in the same month or a bit later than us dah ada tanda2 mengandung while for me, takde apa2 lagi... Suami yang amat memahami selalu memberikan kata2 semangat.. ~belum rezeki kita... ade sebab kenapa belum rezeki kita... Menyejukan hati aku... Tapi aku tahu..dia amat2 kisah...


Aku terfikir benda nie baik... elok... tak rugi kalau buat kan? Mana tau dengan berkat usaha tanpa putus asa moga Allah swt akan makbul kan permintaan kita, InsyaAllah :-)

Doa Memohon Zuriat - amalkan sebagai zikir sepanjang masa:



“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’

(Surah Al Anbiya’ [21]:89)




"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”

(Surah Ali Imran [3]: 38)


Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:


Amalan pertama.


Selepas Fajar ataupun Solat Subuh


· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.




Amalan kedua.


· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali    sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Ilmu ini aku dapat dari blog Nani...terima kasih.


Aku mengharapkan akan ade rezeki untuk aku dan suami..

Ya Allah..
Engkau ampunilah segala dosa2ku...
Engkau kurniakan lah kepada aku cahaya mata
Zuriat yang soleh dan solehah
Zuriat yang Engkau berkati didunia dan akhirat...
Hanya kepada Engkau tempatku meminta...
Perkenankanlah doaku ini Ya Allah...
Amin Ya Rabb.....