LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 10, 2012

Terima Kasih...

entri ini - UCAPAN TERIMA KASIH untuk suamiku yang tersayang....

03 Oktober 2012.... seminggu sudah berlalu, kejadian itu menyayat hati..menikam sanubari...hilangnya sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui kewujudannya selama sebulan lebih. Doktor menasihatkan aku supaya berehat, makan ubat, redha dan mencuba lagi. Tangisan tiada suara... rasa penat, sakit, xberdaya rasa menanggung... Hubby yang tersayang...memeluk erat, menyapu air mata yang gugur... senyum dan gelak tawa yang diberi untuk memujuk hati terluka ini... Sebenarnya aku tahu dia juga kecewa dan sedih...berselindung disebalik raut wajah macho seorang lelaki n senyumannya itu...

Hubby kata.... bukan rezeki kita..... kalu dah masuk mulut pun, jika bukan untuk kita boleh terkeluar balik... xpe, kita cuba lagi.... dengan senyuman yang diberi.. terubat juga rasa duka ini.

Hari2 dilalui, aku dijaga dengan baik. membuatkan aku rasa terharu dengan layanan dan perhatian yang diberi... terima kasih untuk ibu mertua ku juga...yang turut membantu hubby menjaga aku.

Tak aku sangka, aku orang yang akan melalui hari2 seperti ini sebelum tiba masanya.

setiap masa kena pakai stokin dan berkasut.
pastu kena pakai sweater.. hukhuk... kena bertungku...

Aku muhasabah diri...menerima dengan redha..bersabar... dan fikir yang +ve. Semangat hubby, cara dia yang xkisah dan slamber..membuatkan aku lalai memikirkan tentang sesuatu yang hilang itu.

Aku terharu dengan kabajikan hubby menjaga aku. Memasak, menyediakan keperluan aku. aku sentiasa disuruh duduk dan berehat... kadang2 aku degil..sebab bosan duduk je...dah kena marah dengan hubby. Hubby kena masak...panaskan air untuk aku mandi... panaskan tungku, picit2 badan yang lenguh dan sakit... Terima kasih sayang...

Makan pun kena jaga..semua kena pantang. kadang2 aku boring dan merungut2 kt hubby... asyik makan yang sama je... buat masa ni inilah makanan harian aku.

sup ayam yang penuh dengan halia dan lada.
Nasib aku boleh makan ayam.. setengah orang kata xboleh, tapi sup bodo macam nie...boleh kot. Hubby masak...dia kata penuh dengan penat lelah. mana xnya, balik kerja terus kena masak.. Sedap..sbb nie je antara makanan yang boleh makan.

ikan bilis + bawang + halia + lada hitam
Nie menu wajib...sentiasa ada.. ikan bilis. Hubby kata masak penuh dengan kasih sayang. 2 sebab sedap. Tp kalu hari2, tengok pun dah xlalu... Amat sedih... biskut kering, sayur sawi rebus air..2 la makanan untuk masa sekarang... Walaupun jauh disudut hati, aku terasa sayu dan sedih, namun aku redha diatas ketentuan... Ya Allah... ampunilah segala dosa2ku... Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku.

Terima kasih sayang... atas perhatianmu menjaga ku... Semoga Allah swt membalasnya dengan kebaikan.

Ya Allah... sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia.. Jika ia berada di bumi, keluarkanlah ia.. Jika ia berada di dalam lautan, munculkanlah ia.. Jika berada ditempat yang jauh, dekatkanlah ia.. Jika ia sedikit, banyakkan lah ia.. Jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia..dan pindahkanlah rezeki itu kepada kami dengan kemuliaan.. Amin...

Tuesday, October 9, 2012

@Tanjung Dawai.

01 Sept. 2012.... berjalan ke Semeling menziarahi keluarga angkat di Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan hubby di Perlis. So, dah alang2.. baik kami berhoneymoon lagi.. hihi. Semalam dari Tapah bergerak agak lewat, dengan kepenatan kerana majlis merdeka-raya di Tabika Kem keputusan diambil ialah bermalam di Taiping... SSL Traders Hotel. Ok gak la hotel nie.

Sampai semeling, mak dan siapkan menu kegemaranku... Laksa. huhu sedap. sampai tertido2 kt rumah mak sebab petang 2 mak n ayah nak bawak kami jalan2 kt T.Dawai. Em, kena tunggu ayah balik kerja la kan. Nasib baik hubby ok walaupun 1st time berjumpa dan datang ke rumah keluarga angkat aku nie. sporting lah... :)

sampai kt t.dawai..... best lak tengok orang ramai main kite... apa lg, aku pun tersengeh2 la mintak kt hubby. hehehe. dia layan je aku.. :)

pilih2....
tengok dompet sape 2.. huhu. bukan queen control ye. 
hubby pun prangai cam aku. haha
mak, ayah n adik mira..
seronok kan

angin kuat..so senang nak naik kan 
pastu mak n ayah belanja kami makan malam kt restauran seafood berhampiran. tqvm..sedap.. malam 2 jugak terus bertolak ke perlis sebab esoknya akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan.



@ Padang Besar
Sebelum balik ke Tapah, habiskan duit dulu kt Padang Besar. huhuhu. seronok membeli belah. Ade rezeki boleh datang lagi. 

merdeka 2012

Jauh ketinggalan tajuk entri ini... laman yang aku biarkan kosong terlalu lama. Hari ini baru berkesempatan. 31 OGOS 2012.... Meraikan sambutan Merdeka-Raya bersama kanak-kanak Tabika Kem Tapah.

berhimpun
nyanyi lagu
perarakan merdeka
kontijen terakhir hihi


pertandingan mewarna
makan2 raya
berjumpa lagi merdeka tahun depan.