LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 7, 2012

Bukit Tinggi,Pahang @Japanese Village


Bestkan cuti sekolah... Ringan rasa kepala ni. Xpayah nak fikir2 tentang aktiviti..tentang lembaran kerja… tentang rancangan harian…semua 2 kadang kala memeningkan. Nie lah masa nak relax dan paling penting dapat honeymoon lagi dengan en suami. Walaupun dalam hati rindu dengan telatah dan gelagat anak2 didik..

13 Noverber 2012
Tempat yang menarik perhatian kali ini adalah Colmar Tropicale yang terletak di Bukit Tinggi. Bangunan yang ala2 Perancis itu telah menarik minat aku. Gambar2 yang aku tengok dari pakcik google pun cam best jer, so aku memberi cadangan kt en. husband untuk berjalan2 kt sna. Hati riang gembiralah bila suami kata~~~ okey….. (“,) Lampu hijau dah 2. Walaupun mula2 suami cam xnak pergi mungkin sebab penat.. malas…dan memikirkan kesesakan sempena perayaan Deepavali… Tapi sebelum tido dia pesan kalu nak p esok kena bangun awal.. yahoooooooooooo…. Apa lagi berbunga2 lah hati aku.

Perjalanan lancar je dari Putrajaya ke Bukit Tinggi. Xlah jauh sangat sampai ambil masa berjam2. Rasanya xsampai 1 jam pun perjalanan…. 1stime pergi nie cam xcited skit.


Ok, kita boleh je plih mana 1 tempat yg kita nak p dulu. Kawasan bertanda ‘G’ adalah GUARD HOUSE. Sampai sahaja ‘G’ yang kedua…kat situ bayaran dikenakan untuk mendapatkan tiket. RM15.00 untuk seorang. Kami pergi 3orang =RM45.00. Tanda ‘P’ adalah police stasion.

tiket ........ x clear pulak gambar nie
Tempat pilihan yang aku lawati adalah Calmor Tropicale, Japanese village, Botanical Garden, dan Animal Park (Rabbit Park).


Mula2 tempat yang aku pegi adalah Japanese Village.. Berada 3500 kaki dari aras laut.



di hadapan souviner shop....



Kat dalam nie ade khidmat sewaan baju kimono. RM20.00 seorang. Aku dah hubby xmelepaskan peluang untuk merasa pakai. Perasan jap jadi orang jepun.. (",) Bayar..dorang akan tolong kita pakaikan baju dan tolong snap kan gambar kita kt kawasan sekitar Japanese Garden.

nie lah sista kimono yang telah memberi khidmatnya








nie hubby dan adiknya yang join xpdc kami


Dah pusing2 kat Japenese Garden, kami teruskan langkah ke Botanical Garden.


sampai dah xlarat nak jalan kt botanical garden....huhu
Seterusnya kami turun balik ke tempat parking kereta dan terus menuju ke Calmor Tropicale....
Keindahan dan kecantikkan 'bandar pelik' ala2 perancis 2 akan diceritakan pada entri yang akan datang....

Monday, December 3, 2012

@ i-city,shah alam

 
Sudah 3 minggu cuti sekolah berlalu. Masa berjalan tanpa disedari…  Aku memulakan cuti dengan meluangkan masa berjalan2 dengan hubby.. yelah bukan selalu dapat bersama. Belum lagi rezeki kami tinggal sebumbung.
 
Dah lama aku teringin nak pergi i-city. Kadang2 rajuk sendiri bila hubby beri macam2 alasan bila sebut pasal i-city. Penantian itu satu penyeksaan…cewah... :)  dalam hati kata…… “bila dapat pegi nie….!” Seronoknya  bila tengok gambar2 orang lain yang pergi kesana…tapi aku bila…...??

(11.11.2012)
Sampailah masa yang ditunggu, cuti sekolah…. Janji hubby pada aku ditunaikan. Dating @i-city… Malam 2 punyalah best…tapi xnak tunjuk sangat yang sebenarnya aku nie xcited giler…dalam kereta dah terbayang2. Hati melonjak2 sudah.. Bila dekat nak sampai..lagi lah…mata dah xpandang jalan depan dah…lantak lah hubby yang bawa. Mata aku pandang luar kereta je…pandangan yang menarik..penuh cahaya…yang aku rasa masa 2 xsabar nak turun kereta. Huhuhuhuhu… Ni lah penangan orang yang suka dengan cahaya lampu...  (",)

Sekali masuk RM10 untuk sebuah kereta. Kalu nak masuk kat snow walk 2 xtahu berapa sebab xmasuk kt situ. Jalan2 kt luar pun dah penat. hehehe.  
 


 Bestnye jalan2 dikelilingi pokok2 pain dengan berjuta2 lampu diod pemancar cahaya (LED).....


Posing dengan en. hubby....






 Kat belakang 2 ala2 eye on malaysia kan...  X tahulah bayarannya berapa.. masa 2 kat kuanter tiket ramai orang berbaris... Lagipun aku dan suami xberhajat plak nak naik..mungkin next time.....


Sebab hari dah nak hujan...terpaksa lah balik... xsempat nak pusing2 kawasan yang ada animal dan lain2. Kalau ada keizinan dan peluang....nak datang lagi kt sani... sebab masih ada tempat yang belum diterokai... (",)

Thursday, November 29, 2012

Graduasi Kanak2 Tabika 2012

Gelak tawa....riuh rendah...tangisan...jeritan... saban hari sentiasa menemani aku ketika berada dikelas. Tapi hari ini.sunyi sepi... yalah kan cuti sekolah. (",)

Mana yang masih 4 dan 5 tahun..akan berjumpa lagi tahun hadapan...tetapi yang 6 tahun..pastinya akan melangkah kealam baru Tahun 1. Suasana yang pastinya berbeza.

6 tahun diraikan di dalam Majlis Graduasi di Chenderiang dan di dalam Kem sendiri. Huhu..2 kali naik pentas 2...hihihihi.  Masing2 segak bergaya dengan pakaian jubah konvo. Senyuman dan gelak tawa menunjukkan betapa gembiranya mereka. Aku juga berasa gembira dengan kejayaan mereka. Tetapi jauh disudut hati, pilu kerana mereka akan pergi meninggalkan aku. Dan pastinya aku akan dilupai... Tapi bukan itu menjadi ukuran...kejayaan mereka adalah kejayaanku jua.

Aku lepaskan mereka pergi dengan doa agar mereka berjaya dan mampu mengharungi setiap cabaran yang bakal mendatang. Setelah 2 tahun bersamaku..dan ada yang sudah 3 tahun bersama, pastinya banyak memori tercipta. Kadang2 aku tertinggi suara, tercubit sayang, ternaik rotan di meja, terjentik manja di telinga...hanya niat untuk mendidik dikala mereka menunjukkan kenalan. Namun didalam hati anak2 kecil ini tidak tahu erti dendam. Walaupun dimarahi..masih menyendeng2 manja denganku. Dan ada pula yang pandai mengambil hati...

Di wajah mereka ku lihat sinar.. dihati mereka terpahat sebuah impian.. Walaupun aku bukanlah seorang guru cemerlang dan terbaik..tetapi aku sedaya upaya mendidik kerana mereka adalah amanah kiriman Allah swt untuk ku..

Hakimi yang sentiasa menurut perintah..melakukan setiap tugasan yang diberi tanpa banyak soal.... Kusyuk menyiapkan tugasan...jarang sekali mendengar suaranya bersembang dengan rakan2. Tetapi masa bermain..hero jugak ni.

Iqbal yang dulunya selalu mengeluarkan air mata tatkala giliran membacanya hampir tiba. Tetapi kini sudah senyum apabila dipanggil. Suka membaca buku apabila tugasan diberi telah siap..

Najmi yang manja... suka bercerita tentang apa saja.....berkongsi ceritanya bersama rakan2, aku dan juga K.Ros. Suka memuji... "hari ni cikgu cantik lah", "mak cik ros masak sedapla..." dan macam2 lagi. Tiap kali pulang pastinya lambaian berserta flying kiss diberi pada aku... dan jeritan "I Love U" tak kira atas motor ataupun dari dalam kereta.

Iqwal Wafiq yang bercita2 ingin menjadi askar..."tapi ummi kata askar yang bos" hehehehe. Tak pernah jemu bermain puzzle. Mendapat tempat ke-3 dalam ujian akhir tahun.

Amirul yang pintar. Minat dalam matematik. Cekap mengira berbanding rakan2 yang lain. Mendapat tempat ke-2.

Afiq yang banyak celoteh.. suka buat muka yang comel...tunduk membisu tatkala aku memarahinya... dan suka mengadu apabila bertengkar dengan rakannya. Mendapat tempat pertama dan merangkul pelajar keseluruhan terbaik...




 

Alhamdulillah..segalanya selesai dan berjalan dengan lancar.
Pergi lah kesayanganku... telah ku halalkan setiap ilmu yang tercurah...dan semoga anda semua menjadi pemimpin generasi yang cemerlang....

Wednesday, November 28, 2012

Pertandingan Kompang Berformasi

Em dah cuti sekolah....xbermakna dah habis cerita tentang sekolah kan.... Hanya sebagai tanda ingatan dan kenangan untuk aku sendiri.. Aku coretkan kejayaan anak didikku disini. (",)

Tahun nie ada penambahan acara dalam Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas iaitu Kompang Berformasi. Jika 2 tahun lepas sekadar mendapat Naib Johan dalam Nasyid peringkat Parlimen Tapah, tahun lepas Naib Johan Futsal peringkat Daerah.. Tahun ini pula.....??? huhu.

Pelbagai acara dipertandingkan...cikgu2 boleh saja memilih acara yang difikirkan mampu untuk dilakukan oleh anak2 didiknya...samada secara berkumpulan ataupun individu. Tahun ni aku menyahut seruan ntuk mencuba acara baru yang dipertandingkan......Kompang Berformasi. Walawei..macam lah ade pengalaman main kompang.. zero -0- Wat kata najwa... Kosong, kosong..

Kira belasah jer....huhuhu... pemilihan anak2 didik dibuat dan wujudlah 1 pasukan kompang kumpulan Wafa Al-Wafa dari Tabika Kem Tapah. Dan akhirnya........................

Johan peringkat Parlimen Tapah... Johan peringkat Daerah Batang Padang... dan melayakkan kumpulan ktorang ke Peringkat Negeri Perak. 11 kumpulan kompang dipertandingkan dan hanya mendapat hadiah saguhati. Semasa didalam bilik urusetia hadiah aku bertanyakan kedudukan saguhati. Keputusannya pasukan ktorg dapat tempat ke-5. Pada aku...kira Alhamdulillah, bukan mudah melatih anak2 kecil untuk bermain kompang sambil melakukan pergerakan. Tambah cikgunya ini xpernah langsung bermain kompang. huhuhuhuhu. Syabas untuk anak didikku yang tersayang. Tahun depan acara padang pula. Pastinya tabika aku akan turut menyertai. Chayuk2!!





Walaupun hanya mendapat tempat ke-5, tapi aku berbangga dengan kesungguhan anak2 didikku... tambah lah dapat cikgu yang garang macam aku nie...huhuhu.

Tidak terhenti di situ... ktorg dipanggil untuk membuat persembahan semasa Hari Konvokesyan di kawasan Chenderiang. (31 Okt.2012)

guru,pembantu dan ibubapa yang turut sama membantu


Dan terakhir sekali membuat persembahan semasa Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Tabika Kem Tapah.(03Nov.2012)


Semoga anak2 didikku menjadi pelajar yang terbaik di masa hadapan dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

Tuesday, November 27, 2012

Law Kana Bainana Al-Habib

lagu nie xpernah puas aku dengar...... lagi,lagi,lagi dan lagi......... kadang2 terasa sayu bila dengar. Dah lama aku mencari lagu nie... sbb bila dah ada kan senang..bila2 boleh dengar. hehe.  Dan bila dapat, setiap hari aku mendengarnya.... menjadi teman dikala keseorangan.....


Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi

Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib

Biqurbihi-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib

Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin

~~~Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik ~~~





Wednesday, October 10, 2012

Terima Kasih...

entri ini - UCAPAN TERIMA KASIH untuk suamiku yang tersayang....

03 Oktober 2012.... seminggu sudah berlalu, kejadian itu menyayat hati..menikam sanubari...hilangnya sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui kewujudannya selama sebulan lebih. Doktor menasihatkan aku supaya berehat, makan ubat, redha dan mencuba lagi. Tangisan tiada suara... rasa penat, sakit, xberdaya rasa menanggung... Hubby yang tersayang...memeluk erat, menyapu air mata yang gugur... senyum dan gelak tawa yang diberi untuk memujuk hati terluka ini... Sebenarnya aku tahu dia juga kecewa dan sedih...berselindung disebalik raut wajah macho seorang lelaki n senyumannya itu...

Hubby kata.... bukan rezeki kita..... kalu dah masuk mulut pun, jika bukan untuk kita boleh terkeluar balik... xpe, kita cuba lagi.... dengan senyuman yang diberi.. terubat juga rasa duka ini.

Hari2 dilalui, aku dijaga dengan baik. membuatkan aku rasa terharu dengan layanan dan perhatian yang diberi... terima kasih untuk ibu mertua ku juga...yang turut membantu hubby menjaga aku.

Tak aku sangka, aku orang yang akan melalui hari2 seperti ini sebelum tiba masanya.

setiap masa kena pakai stokin dan berkasut.
pastu kena pakai sweater.. hukhuk... kena bertungku...

Aku muhasabah diri...menerima dengan redha..bersabar... dan fikir yang +ve. Semangat hubby, cara dia yang xkisah dan slamber..membuatkan aku lalai memikirkan tentang sesuatu yang hilang itu.

Aku terharu dengan kabajikan hubby menjaga aku. Memasak, menyediakan keperluan aku. aku sentiasa disuruh duduk dan berehat... kadang2 aku degil..sebab bosan duduk je...dah kena marah dengan hubby. Hubby kena masak...panaskan air untuk aku mandi... panaskan tungku, picit2 badan yang lenguh dan sakit... Terima kasih sayang...

Makan pun kena jaga..semua kena pantang. kadang2 aku boring dan merungut2 kt hubby... asyik makan yang sama je... buat masa ni inilah makanan harian aku.

sup ayam yang penuh dengan halia dan lada.
Nasib aku boleh makan ayam.. setengah orang kata xboleh, tapi sup bodo macam nie...boleh kot. Hubby masak...dia kata penuh dengan penat lelah. mana xnya, balik kerja terus kena masak.. Sedap..sbb nie je antara makanan yang boleh makan.

ikan bilis + bawang + halia + lada hitam
Nie menu wajib...sentiasa ada.. ikan bilis. Hubby kata masak penuh dengan kasih sayang. 2 sebab sedap. Tp kalu hari2, tengok pun dah xlalu... Amat sedih... biskut kering, sayur sawi rebus air..2 la makanan untuk masa sekarang... Walaupun jauh disudut hati, aku terasa sayu dan sedih, namun aku redha diatas ketentuan... Ya Allah... ampunilah segala dosa2ku... Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku.

Terima kasih sayang... atas perhatianmu menjaga ku... Semoga Allah swt membalasnya dengan kebaikan.

Ya Allah... sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia.. Jika ia berada di bumi, keluarkanlah ia.. Jika ia berada di dalam lautan, munculkanlah ia.. Jika berada ditempat yang jauh, dekatkanlah ia.. Jika ia sedikit, banyakkan lah ia.. Jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia..dan pindahkanlah rezeki itu kepada kami dengan kemuliaan.. Amin...