LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 14, 2011

Melayan Isteri....

Jika semalam aku kongsikan tentang layanan Isteri pada Suami... hari ini aku kongsikan pula layanan Suami pada Isteri.... Semoga semua pasangan suami isteri hidup bahagia hingga ke akhirnya serta sentiasa mendapat keredhaan dari Allah swt... InsyaAllah..

1- Jgn buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dgn ikhlas.. Kalau perlu pujuk, pujuk dgn mesra.. Ini kerana hati perempuan agak sensitif
& sesetengahnya mahu dipujuk.. Bila rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni remeh sahaja.. Dan Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati & jgn sesekali bermain kayu tiga dgn perempuan lain.. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal & naluri suami..

3- Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jgn asyik mahu menengking & menyalahkannya saja.. Dan jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri..Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

4- Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat2lah merawatnya & jika serius bawa jumpa doktor.. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya..

5- Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya & buka telinga luas2.. Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan & tersimpan telinga kiri....Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yg
diterima drpd isteri dgn bijak & prihatin..

6- Jgn sekali2 membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dgn emak anda kecuali masakan & cara menghias isteri anda lebih baik & canggih drpd emak anda..

7- Kalau pasangan sudah ada anak, sama2lah menjaga anak.. Jgn sekali2 lepas tangan & suami duduk tersandar depan TV atau relaks..sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.Tidak salah jika suami turut menjemur kain & menyapu sampah..

8- Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri & jgn habiskan semua krn kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan..

9- Kalau ada kwn & kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik2nya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah & menghias diri.. Ini akan mengelakkan
isteri berasa malu apabila tetamu dtg mengejut..

10- Jgn sekali2 menyakat & menyindir isteri mengenai saiz & bentuk badannya yg semakin gejuk atau semakin melidi.. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu..

11- Hormatilah ibu bapa & kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang & membodek mereka.. Jgn sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau..hati isteri akan terguris.

12- Jgn kedekut dgn isteri serta belanja utk keperluan rumahtangga.. Jgn pula si suami lebih mementingkan adik beradik.. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki.. Jika boleh, jgn bebankan isteri dgn masalah kewangan anda..Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong..Saling faham memahami itu penting.

13- Jgn bersepah & bersikap pengotor.. Apabila anda membuka baju, letakkan dlm bakul baju kotor.. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal.. Jika anda merokok, jgn merokok dlm rumah & bilik air.. Busuk tau tak!!

14- Rajin2lah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dgn kerja rumah & menjaga anak, apa lagi jika isteri sama2 bekerja.. Jgn tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah..

15- Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira.. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa & saling menghargai.. Ketepikan ego yg keterlaluan..

16- Berusahalah dgn ikhlas utk mempertahankan keharmonian rumahtangga.. Jgn membuat apa yg isteri tidak suka.. Kalau sekali suami buat baik dgn isteri, isteri akan balas berpuluh kali..

17-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, September 13, 2011

Melayan Suami....

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari Bee di Forum Tentang Cinta.

Mahram Bagi Wanita..

Ilmu: Mahram Bagi Wanita (Mahram Nasab dan Mahram Perkahwinan)

Lelaki dan perempuan semua kena ambil tahu... Semoga dapat manafaat bersama.. InsyaAllah...