‘Bukan wang ringgit dan harta benda yang menjadi ukuran
kasih sayang….’ Yeke?? Hehe… Tapi jika
kita fikirkan..bukankah dengan wang kita membeli sesuatu keperluan?? Kalau tak ade duit? Nak beli macam mana? Atau
cukupkah sekadar kasih sayang..? yang xperlu makan..pakai…?? Ape dia aku
melalut nie… hehe. tp yg pasti rezeki yang hubby perolehi adalah rezeki aku jugak.. hehehe. syukur.
2 hari sebelum raya.
Alhamdulillah…. Aku sebenarnya nak cerita, kepulangan hubby untuk beraya
dikampung amat dinanti dengan penuh kegembiraan. Mungkin xnampak jelas pada
raut wajah…disembunyikan kerana malu pada ibu mertua dan adik2 ipar yang
pastinya memerhati setiap gerak geri dan tindakan. Mana xnya, rindu yang setiap
hari ditanggung akan terubat.. Ni lah nasib
berjauhan…
So kena wat slamber jelah bila nampak hubby dah sampai.
Padahal dalam hati melompat2 gembira. Hahaha. Kepulangan hubby bukan tangan
kosong. Ada hadiah yang dibawa pastinya untuk isteri tercinta… Ini dia hadiahnya….
Tq so much syg…. Ku
doakan smg Allah swt sentiasa merahmatimu…. Dimurahkan rezeki… Berjaya didunia
dan akhirat.. Amin.