LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 23, 2012

Keganasan Rumahtangga....

"KECEDERAANKU TERPENDAM"

ADAKAH ANDA MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA???? 
SAMADA SECARA FIZIKAL..EMOSI... SEKSUAL..PSIKOLOGI??? 

Alhamdulillah...seminar Kesedaran Keganasan Rumahtangga  telah berjaya aku ikuti. Dah selesai..melangkah keluar je dari dewan tadi...huh,lega....!


Dan.........
Ianya terkesan dihati aku.......
Apa yang aku dapat..sedikit sebanyak aku kongsikan kt sini.


Apa itu keganasan rumahtangga?
~~~ Merupakan satu aspek kekejaman dalam rumahtangga. Ianya berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa di dalam ketakutan, kesedihan dan kebebasan si mangsa disekat... 


Jenis2 keganasan rumahtangga
~~~ Penderaan fizikal.
        (tampar, tumbuk, cekik, pijak dll)

Rania al-baz
Kita nampak kan... gambar kt atas, kesan dari keganasan fizikal dalm rumahtangga.


~~~ Penderaan emosi.
        (memaki hamun, mengherdik, merendah-rendahkan, menghina, mencaci,mengawal gerak geri, mengawal kewangan dll)
Nie kita susah nak kesan..xnampak... Contoh paling mudah penceramah tadi bagi... "ko ingat ko 2 cantik sangat? belakang kuali lagi cantik dari ko!" , "ko 2 bodoh....keldai lagi pandai dari ko" Nah...ianya terpahat dihati... mangsa akan berasa rendah diri...tidak dihargai dan dihormati...


~~~  Penderaan seksual.
         (seks tanpa rela, seks dengan ugutan)
~~~~Penderaan mental, spiritual, dan psikologi...


Bagaimana ianya berlaku?
~~~ Bermula dengan perselisihan, si isteri lebih banyak mengalah dan si SUAMI menjadi DOMINAN.
~~~ Si suami tidak dapat mengawal kemarahan, si isteri tidak melawan dan memendam perasaan dan akhirnya si ISTERI mengalami TEKANAN PSIKOLOGI yang keterlaluan.


Kesannya amat mendalam pada mangsa keganasan rumahtangga.... kecederaan fizikal, masalah mental dan emosi, murung, susah tidur, rendah diri, sering terperanjat, pendarahan semasa hamil, keguguran, kemusnahan harta peribadi dll. Mangsa juga akan sentiasa merasa takut.. risau dengan mood suami... rasa tersisih...tertekan..memusnahkan peralatan seperti komputer, telefon bimbit, pasu, televisyen dll.


Ianya akan terus berlaku....sepanjang hayat...kerana ianya adalah satu kitaran... Berulang-ulang dan bakal terjadi kepada pewaris pula dan begitulah seterusnya.... Apa yang diajar..itu yang akan diajar...


Dari permasalah seperti stress...kewangan...sikap panas baran...alkohol atau mcm2 lg yg lain... 


Satu kisah benar yang aku xingat nama mangsa tadi....Suaminya mempunyai sikap panas baran yang sukar untuk dikawal...dilepaskan kepada isteri..... herdikan..cacian....maki hamun...dll. Mangsa menjalani hidup dalam bahagia ada duka tersimpan... Hilang bahagia yang dirasai apabila suami bersikap panas baran...yang sering mengherdik..menghina..sehingga mangsa berasa rendah diri..hilang keyakinan...dan mengalami tekanan perasaan. Dan sehingga pada satu ketika si isteri lupa membeli 1 barang yang dipesan suami..akhirnya dia ditampar. bermulalah episod baru... Sejak dari itu..suami sering memukul...dan mendera...
Mangsa ingin keluar dari kepompong keganasan rumahtngga apabila tidak lagi sanggup untuk bersabar...mencari jalan keluar yang begitu payah...alhamdulillah ada rakan yang membantu..dan membawa mangsa ke pihak yang lebih layak melindunginya.


Temubual pertama mangsa bersama pihak kebajikan masyarakat.... 


"kenapa berdiam diri?" ~~~ "saya takut..."
"xperlu takut kerana kamu mempunyai hak untuk hidup bahagia" ~~~~"saya nie bodoh..."
Dalam tempoh 1 jam temubual tersebut..berulang-ulang kali perkataan BODOH keluar dari mulutnya... Cacian suami mangsa hidup terpahat dihati dan fikirannya...


Mangsa hilang kekuatan...tiada keyakinan diri...rendah diri yang terlampau.... 
Tapi mangsa ini dilindungi....dan akhirnya, kini mangsa dapat menikmati hidup yang lebih baik.. Alhamdulillah. 


Aku menangis melihat video yang dirakam oleh anak mangsa ketika mangsa diherdik..dicaci...oleh suaminya..berkali2 perkataan stupid, xguna dan mcm2 lagi keluar. Teresak2 mangsa menahan... 1 dewan tadi merasa kesengsaraan mangsa.. Video mangsa dipukul...jeritan,tangisan...tidak sedar tangan ku menutup telingaku.. aku xmampu menahan.....................


Wahai mangsa keganasan..keluarlah dari kepompong duka itu..... 
Banyak jalan untuk anda meneruskan kehidupan yang lebih baik......perbincangan, kaunseling, jabatan kebajikan masyarakat, jabatan agama islam, Talian Nur dan macam2 lagi...  
15999-call la talian nur ini sekiranya anda memerlukan perlindungan dan nasihat.


Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda: 
Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali oarang yang rendah pekertinya” – (riwayat Abu Daud).

No comments:

Post a Comment