LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

Pertandingan Kompang Berformasi

Em dah cuti sekolah....xbermakna dah habis cerita tentang sekolah kan.... Hanya sebagai tanda ingatan dan kenangan untuk aku sendiri.. Aku coretkan kejayaan anak didikku disini. (",)

Tahun nie ada penambahan acara dalam Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas iaitu Kompang Berformasi. Jika 2 tahun lepas sekadar mendapat Naib Johan dalam Nasyid peringkat Parlimen Tapah, tahun lepas Naib Johan Futsal peringkat Daerah.. Tahun ini pula.....??? huhu.

Pelbagai acara dipertandingkan...cikgu2 boleh saja memilih acara yang difikirkan mampu untuk dilakukan oleh anak2 didiknya...samada secara berkumpulan ataupun individu. Tahun ni aku menyahut seruan ntuk mencuba acara baru yang dipertandingkan......Kompang Berformasi. Walawei..macam lah ade pengalaman main kompang.. zero -0- Wat kata najwa... Kosong, kosong..

Kira belasah jer....huhuhu... pemilihan anak2 didik dibuat dan wujudlah 1 pasukan kompang kumpulan Wafa Al-Wafa dari Tabika Kem Tapah. Dan akhirnya........................

Johan peringkat Parlimen Tapah... Johan peringkat Daerah Batang Padang... dan melayakkan kumpulan ktorang ke Peringkat Negeri Perak. 11 kumpulan kompang dipertandingkan dan hanya mendapat hadiah saguhati. Semasa didalam bilik urusetia hadiah aku bertanyakan kedudukan saguhati. Keputusannya pasukan ktorg dapat tempat ke-5. Pada aku...kira Alhamdulillah, bukan mudah melatih anak2 kecil untuk bermain kompang sambil melakukan pergerakan. Tambah cikgunya ini xpernah langsung bermain kompang. huhuhuhuhu. Syabas untuk anak didikku yang tersayang. Tahun depan acara padang pula. Pastinya tabika aku akan turut menyertai. Chayuk2!!





Walaupun hanya mendapat tempat ke-5, tapi aku berbangga dengan kesungguhan anak2 didikku... tambah lah dapat cikgu yang garang macam aku nie...huhuhu.

Tidak terhenti di situ... ktorg dipanggil untuk membuat persembahan semasa Hari Konvokesyan di kawasan Chenderiang. (31 Okt.2012)

guru,pembantu dan ibubapa yang turut sama membantu


Dan terakhir sekali membuat persembahan semasa Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Tabika Kem Tapah.(03Nov.2012)


Semoga anak2 didikku menjadi pelajar yang terbaik di masa hadapan dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

No comments:

Post a Comment