LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 29, 2012

Graduasi Kanak2 Tabika 2012

Gelak tawa....riuh rendah...tangisan...jeritan... saban hari sentiasa menemani aku ketika berada dikelas. Tapi hari ini.sunyi sepi... yalah kan cuti sekolah. (",)

Mana yang masih 4 dan 5 tahun..akan berjumpa lagi tahun hadapan...tetapi yang 6 tahun..pastinya akan melangkah kealam baru Tahun 1. Suasana yang pastinya berbeza.

6 tahun diraikan di dalam Majlis Graduasi di Chenderiang dan di dalam Kem sendiri. Huhu..2 kali naik pentas 2...hihihihi.  Masing2 segak bergaya dengan pakaian jubah konvo. Senyuman dan gelak tawa menunjukkan betapa gembiranya mereka. Aku juga berasa gembira dengan kejayaan mereka. Tetapi jauh disudut hati, pilu kerana mereka akan pergi meninggalkan aku. Dan pastinya aku akan dilupai... Tapi bukan itu menjadi ukuran...kejayaan mereka adalah kejayaanku jua.

Aku lepaskan mereka pergi dengan doa agar mereka berjaya dan mampu mengharungi setiap cabaran yang bakal mendatang. Setelah 2 tahun bersamaku..dan ada yang sudah 3 tahun bersama, pastinya banyak memori tercipta. Kadang2 aku tertinggi suara, tercubit sayang, ternaik rotan di meja, terjentik manja di telinga...hanya niat untuk mendidik dikala mereka menunjukkan kenalan. Namun didalam hati anak2 kecil ini tidak tahu erti dendam. Walaupun dimarahi..masih menyendeng2 manja denganku. Dan ada pula yang pandai mengambil hati...

Di wajah mereka ku lihat sinar.. dihati mereka terpahat sebuah impian.. Walaupun aku bukanlah seorang guru cemerlang dan terbaik..tetapi aku sedaya upaya mendidik kerana mereka adalah amanah kiriman Allah swt untuk ku..

Hakimi yang sentiasa menurut perintah..melakukan setiap tugasan yang diberi tanpa banyak soal.... Kusyuk menyiapkan tugasan...jarang sekali mendengar suaranya bersembang dengan rakan2. Tetapi masa bermain..hero jugak ni.

Iqbal yang dulunya selalu mengeluarkan air mata tatkala giliran membacanya hampir tiba. Tetapi kini sudah senyum apabila dipanggil. Suka membaca buku apabila tugasan diberi telah siap..

Najmi yang manja... suka bercerita tentang apa saja.....berkongsi ceritanya bersama rakan2, aku dan juga K.Ros. Suka memuji... "hari ni cikgu cantik lah", "mak cik ros masak sedapla..." dan macam2 lagi. Tiap kali pulang pastinya lambaian berserta flying kiss diberi pada aku... dan jeritan "I Love U" tak kira atas motor ataupun dari dalam kereta.

Iqwal Wafiq yang bercita2 ingin menjadi askar..."tapi ummi kata askar yang bos" hehehehe. Tak pernah jemu bermain puzzle. Mendapat tempat ke-3 dalam ujian akhir tahun.

Amirul yang pintar. Minat dalam matematik. Cekap mengira berbanding rakan2 yang lain. Mendapat tempat ke-2.

Afiq yang banyak celoteh.. suka buat muka yang comel...tunduk membisu tatkala aku memarahinya... dan suka mengadu apabila bertengkar dengan rakannya. Mendapat tempat pertama dan merangkul pelajar keseluruhan terbaik...




 

Alhamdulillah..segalanya selesai dan berjalan dengan lancar.
Pergi lah kesayanganku... telah ku halalkan setiap ilmu yang tercurah...dan semoga anda semua menjadi pemimpin generasi yang cemerlang....

2 comments:

  1. Seakan pernah lihat tuan empunya blog.. dimana ya?

    ReplyDelete
  2. oh ye k.......... em, xpasti plak.

    ReplyDelete