LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 27, 2012

Law Kana Bainana Al-Habib

lagu nie xpernah puas aku dengar...... lagi,lagi,lagi dan lagi......... kadang2 terasa sayu bila dengar. Dah lama aku mencari lagu nie... sbb bila dah ada kan senang..bila2 boleh dengar. hehe.  Dan bila dapat, setiap hari aku mendengarnya.... menjadi teman dikala keseorangan.....


Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi

Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib

Biqurbihi-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib

Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin

~~~Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik ~~~





Wednesday, October 10, 2012

Terima Kasih...

entri ini - UCAPAN TERIMA KASIH untuk suamiku yang tersayang....

03 Oktober 2012.... seminggu sudah berlalu, kejadian itu menyayat hati..menikam sanubari...hilangnya sesuatu yang aku sendiri tidak ketahui kewujudannya selama sebulan lebih. Doktor menasihatkan aku supaya berehat, makan ubat, redha dan mencuba lagi. Tangisan tiada suara... rasa penat, sakit, xberdaya rasa menanggung... Hubby yang tersayang...memeluk erat, menyapu air mata yang gugur... senyum dan gelak tawa yang diberi untuk memujuk hati terluka ini... Sebenarnya aku tahu dia juga kecewa dan sedih...berselindung disebalik raut wajah macho seorang lelaki n senyumannya itu...

Hubby kata.... bukan rezeki kita..... kalu dah masuk mulut pun, jika bukan untuk kita boleh terkeluar balik... xpe, kita cuba lagi.... dengan senyuman yang diberi.. terubat juga rasa duka ini.

Hari2 dilalui, aku dijaga dengan baik. membuatkan aku rasa terharu dengan layanan dan perhatian yang diberi... terima kasih untuk ibu mertua ku juga...yang turut membantu hubby menjaga aku.

Tak aku sangka, aku orang yang akan melalui hari2 seperti ini sebelum tiba masanya.

setiap masa kena pakai stokin dan berkasut.
pastu kena pakai sweater.. hukhuk... kena bertungku...

Aku muhasabah diri...menerima dengan redha..bersabar... dan fikir yang +ve. Semangat hubby, cara dia yang xkisah dan slamber..membuatkan aku lalai memikirkan tentang sesuatu yang hilang itu.

Aku terharu dengan kabajikan hubby menjaga aku. Memasak, menyediakan keperluan aku. aku sentiasa disuruh duduk dan berehat... kadang2 aku degil..sebab bosan duduk je...dah kena marah dengan hubby. Hubby kena masak...panaskan air untuk aku mandi... panaskan tungku, picit2 badan yang lenguh dan sakit... Terima kasih sayang...

Makan pun kena jaga..semua kena pantang. kadang2 aku boring dan merungut2 kt hubby... asyik makan yang sama je... buat masa ni inilah makanan harian aku.

sup ayam yang penuh dengan halia dan lada.
Nasib aku boleh makan ayam.. setengah orang kata xboleh, tapi sup bodo macam nie...boleh kot. Hubby masak...dia kata penuh dengan penat lelah. mana xnya, balik kerja terus kena masak.. Sedap..sbb nie je antara makanan yang boleh makan.

ikan bilis + bawang + halia + lada hitam
Nie menu wajib...sentiasa ada.. ikan bilis. Hubby kata masak penuh dengan kasih sayang. 2 sebab sedap. Tp kalu hari2, tengok pun dah xlalu... Amat sedih... biskut kering, sayur sawi rebus air..2 la makanan untuk masa sekarang... Walaupun jauh disudut hati, aku terasa sayu dan sedih, namun aku redha diatas ketentuan... Ya Allah... ampunilah segala dosa2ku... Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku.

Terima kasih sayang... atas perhatianmu menjaga ku... Semoga Allah swt membalasnya dengan kebaikan.

Ya Allah... sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia.. Jika ia berada di bumi, keluarkanlah ia.. Jika ia berada di dalam lautan, munculkanlah ia.. Jika berada ditempat yang jauh, dekatkanlah ia.. Jika ia sedikit, banyakkan lah ia.. Jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia..dan pindahkanlah rezeki itu kepada kami dengan kemuliaan.. Amin...

Tuesday, October 9, 2012

@Tanjung Dawai.

01 Sept. 2012.... berjalan ke Semeling menziarahi keluarga angkat di Kedah. Tujuan utama untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan hubby di Perlis. So, dah alang2.. baik kami berhoneymoon lagi.. hihi. Semalam dari Tapah bergerak agak lewat, dengan kepenatan kerana majlis merdeka-raya di Tabika Kem keputusan diambil ialah bermalam di Taiping... SSL Traders Hotel. Ok gak la hotel nie.

Sampai semeling, mak dan siapkan menu kegemaranku... Laksa. huhu sedap. sampai tertido2 kt rumah mak sebab petang 2 mak n ayah nak bawak kami jalan2 kt T.Dawai. Em, kena tunggu ayah balik kerja la kan. Nasib baik hubby ok walaupun 1st time berjumpa dan datang ke rumah keluarga angkat aku nie. sporting lah... :)

sampai kt t.dawai..... best lak tengok orang ramai main kite... apa lg, aku pun tersengeh2 la mintak kt hubby. hehehe. dia layan je aku.. :)

pilih2....
tengok dompet sape 2.. huhu. bukan queen control ye. 
hubby pun prangai cam aku. haha
mak, ayah n adik mira..
seronok kan

angin kuat..so senang nak naik kan 
pastu mak n ayah belanja kami makan malam kt restauran seafood berhampiran. tqvm..sedap.. malam 2 jugak terus bertolak ke perlis sebab esoknya akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan.



@ Padang Besar
Sebelum balik ke Tapah, habiskan duit dulu kt Padang Besar. huhuhu. seronok membeli belah. Ade rezeki boleh datang lagi. 

merdeka 2012

Jauh ketinggalan tajuk entri ini... laman yang aku biarkan kosong terlalu lama. Hari ini baru berkesempatan. 31 OGOS 2012.... Meraikan sambutan Merdeka-Raya bersama kanak-kanak Tabika Kem Tapah.

berhimpun
nyanyi lagu
perarakan merdeka
kontijen terakhir hihi


pertandingan mewarna
makan2 raya
berjumpa lagi merdeka tahun depan.

Friday, September 14, 2012

hadiah....



‘Bukan wang ringgit dan harta benda yang menjadi ukuran kasih sayang….’ Yeke?? Hehe…  Tapi jika kita fikirkan..bukankah dengan wang kita membeli sesuatu keperluan??  Kalau tak ade duit? Nak beli macam mana? Atau cukupkah sekadar kasih sayang..? yang xperlu makan..pakai…?? Ape dia aku melalut nie… hehe. tp yg pasti rezeki yang hubby perolehi adalah rezeki aku jugak.. hehehe. syukur.

2 hari sebelum raya.

Alhamdulillah…. Aku sebenarnya nak  cerita, kepulangan hubby untuk beraya dikampung amat dinanti dengan penuh kegembiraan. Mungkin xnampak jelas pada raut wajah…disembunyikan kerana malu pada ibu mertua dan adik2 ipar yang pastinya memerhati setiap gerak geri dan tindakan. Mana xnya, rindu yang setiap hari ditanggung akan terubat.. Ni lah nasib  berjauhan…
So kena wat slamber jelah bila nampak hubby dah sampai. Padahal dalam hati melompat2 gembira. Hahaha. Kepulangan hubby bukan tangan kosong. Ada hadiah yang dibawa pastinya untuk isteri tercinta…  Ini dia hadiahnya…. 



Tq so much syg…. Ku doakan smg Allah swt sentiasa merahmatimu…. Dimurahkan rezeki… Berjaya didunia dan akhirat.. Amin.

Sunday, June 17, 2012

happy 1st anniversary.... P-II

Nie sambungan dari bahagian pertama... happy 1st anniversary....

Hubby jadi chef malam tu... bila dia kata nak masak yang special... aku rasa akulah seorang isteri yang beruntung... huhuhu. Aku kira inilah hadiah dari dia untuk aku..... Aku just tolong tengok n sediakan slide.... Hubby masak dengan bersungguh2...siap cari pakcik google lagi.... Tak nak tanya kt aku pun...dia usaha sendiri dengan resepinya sendiri....wawawawa... Paling klakar...xsabar2 nak masak...padahal punyalah penat berjalan siang tadi.. aku tengok je ragam dia... :)

apa menu untuk dinner kami?? taraaaaaaaaaaaa.............

Ikan tiga rasa
udang goreng berempah
chef bergambar dengan masakannye...hehe
Selamat Ulang Tahun Pertama Sayang..

Bagi aku amat2 special...hadiah istimewa dari air tangan suami tercinta... aku hanya bagi pasu bunga yang ade dalam gambar kt atas 2...n gambar yang hubby pegang...sebagai tanda ingatan....
Inilah CARA KAMI menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kami...
Semoga Allah swt sentiasa merahmati kami...n mengurniakan kepada kami cahaya mata yang soleh n solehah... Amin...

Aku dan Cinta

happy 1st anniversary.....

Sudah 2minggu Mei melabuhkan tiarainya.....dengan pelbagai kenangan suka duka..meninggalkan episod cerita dalam buku kehidupan...

27 Mei 2012... Tarikh yang amat bermakna untuk aku dan suami.. Setahun berlalu, kami meraikan hari ini dengan cara kami.... sederhana tapi cukup bererti...

Sempena hari belia negara, ktorang ambil kesempatan berjalan2....walaupun panas..tapi best tengok bermacam aktiviti dijalankan... kawasan yang besar..memanglah penat kan kalu berjalan...tapi kalu dah dapat berjalan dengan hubby...penat pun hilang.. Maklumlah bukan selalu dapat jumpa hubby... huhuhu.

Antara gambar2 yang diambil....







adoi...telinga aku....


Main2 dengan rabbit
nie masa nek train yang disediakan untuk pengunjung...
Turut sama menyertai...

Hubby saya menderma darah...
adoiii...sakit ke? haha


nie antara aktiviti ktorang...dah penat jalan2...berbelanja menggunakan kupon... makan...shooping....ktorang balik n berehat.... malam..hubby jadi chef...

Sambungan next entri....