Bemulanya cerita......
Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s mengembara di padang pasir.
Mereka sampai di suatu tempat yang jauh. Nabi Ibrahim a.s meninggalkan isteri dan anaknya di situ. Tempat itu panas dan tiada air.
Hajar menyerahkan nasibnya kepada Allah swt. Dia menangis mengenangkan nasib diri dan anknya yang masih kecil.
Anaknya terlalu dahaga. Hajar pun pergi mencari air. Dia pergi ke sana ke mari tetapi air tidak dijumpai.
Hajar tidak berputus asa kerana percaya kepada Allah swt. Dia terus mencari air di seluruh kawasan itu.
Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (terakhir). Ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zam-zam.
Makin lama makin ramai orang datang ke tempat itu. Kawasan itu manjadi bandar. Bandar itu dinamakan Makkah.
Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim a.s rindu kepada isteri dan anaknya. Dia mengembara menuju Makkah.
Akhirnya Nabi Ibrahim a.s menemui isteri dan anaknya Nabi Ismail a.s di Padang Arafah. Di situ Hajar dan Nabi Ismail a.s memelihara kambing.
Apabila petang, mereka bertiga pulang ke Makkah. Mereka tiba di Mudzalifah. Mereka tertidur keletihan. Nabi Ibrahim a.s bermimpi Allah swt memerintahkannya supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai korban.
Kemudiannya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s berjalan pergi ke daerah yang berbukit-bukau. Kawasan itu di daerah Mina. Dalam perjalanan, mereka menenui iblis. Iblis itu menggoda mereka supaya menentang perintah Allah swt.
Mereka tetap meneruskan perintah Allah swt. Mereka meneruskan perjalanan sehingga di sebuah kaki bukit. Di situlah Nabi Ismail a.s akan disembelih oleh bapanya.
Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih Nabi Ismail a.s. Tiba-tiba dia melihat Malaikat membawa seekor kibas yang gemuk
Nabi Ismail a.s terselamat. Kibas itu disembelih oleh Nabi Ibrahim a.s sebagai ganti Nabi Ismail a.s. Kemudian daging kibas itu disedekahkan kepada fakir miskin.
Kini kambing,unta, lembu, kerbau dikornankan di seluruh dunia. Orang Islam menyembelih binatang ternakan ini pada Hari Raya Haji.
No comments:
Post a Comment