LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 1, 2011

kisah rumahtangga menjadi panduan....

Adakalanya kita perlu MENANGIS..
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA, 
Adakalanya kita perlu KETAWA..
agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA...
Berterima kasih pada orang yg MENYAKITImu 
kerana dialah yg MENABAHKAN kamu, 
Berterima kasih pada orang yg TAK MENGENDAHKANmu 
kerana dia insan yg MEMUPUKmu BERDIKARI, 
Berterima kasih pada orang yg MENJATUHKAN mu 
kerana dialah orang yg MEMPERHEBATKANmu, 
Berterima kasih kepada orang yg MENYIKSAmu 
kerana dialah jua yg MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu....

Dilahirkan dalam keluarga yang mungkin nampak seperti kurang didikan agama....namun usaha ayah dan ibu meletakkan dirinya berpendidikan...ayah dan ibu bukan seorang yang suka maki hamun... tidak pula setiap hari ibu mendidik dengan kata2 kasar.... dan tidak pula seorang ayah membesarkan anaknya dengan sumpah seranah..... Namun dia menempuhi alam rumahtangganya dengan maki hamun seorang suami....menyebabkan dia berada dalam dilema...

Sebenarnya bukan sehari dua mengenali suaminya....atas dasar cinta segala ujian dilalui dengan penuh sabar. Suaminya seorang sangat penyayang....dan bertanggungjawab...namun dia mempunyai kelemahan iaitu sikap yang panas baran...

** Saya tidak biasa dengan perkataan yang kasar....apalagi mahu menghina dan mencaci orang. Tetapi saya selalu tersentak dan sebak apabila suami mengatakan saya perempuan sundal, sial, celaka, babi, jalang dan kata-kata kesat yang lain jika saya melakukan kesilapan walaupun kecil dan tidak sengaja. Suami juga sering bersangka buruk dengan saya, dia mengatakan yang bukan-bukan sedangkan saya tidak pernah melakukan kecurangan. Saya hanya mendiamkan diri dan menangis... Saya hanya menerima setiap kata-katanya dengan penuh sabar. Apabila kami berbaik semula....dia meminta maaf dengan setiap kata-katanya. Bolehkah saya lupakan kata-kata kasar itu yang saya anggap seperti pedang yang menghiris kalbu.....

Saya selalu kalah bila bercakap dengannya.. Pada dia saya sentiasa salah. Saya tahu,saya juga sering melakukan kesilapan, menyebabkan dia sering marah dan memaki hamun saya. Dan dia akan mengungkit macam-macam perkara yang lepas. Dia juga akan menghina dan mencaci keluarga saya..

Saya seorang yang amat sensitif..saya tidak suka marah dan lebih suka memendam perasaan. Kesihatan saya juga kadangkala sering terjejas kerana terlalu menghukum diri. Pada saya, saya adalah seperti wanita yang suami katakan..tidak berguna. Saya sering berasa rendah diri menyebabkan saya hilang keyakinan. Kadangkala saya juga menghadapi tekanan yang teramat kerana terlalu memikirkan sesuatu dengan terlalu dalam. Yang paling merisaukan saya, apabila bahagian bawah dada saya terasa ngilu bila hati saya terluka. Saya terpaksa menggosok-gosokkan bahagian tersebut dan menggenggam tangan saya untuk menahan rasa ngilu tersebut. Sukar untuk saya katakan...mungkin bahagian hati saya rosak.

Saya juga akan membaling apa saja dihadapan saya untuk melepaskan kemarahan. Kadangkala dinding menjadi mangsa pukulan dan tumbukan saya. Saya tidak pandai melepaskan kemarahan padanya..tetapi saya hanya melakukan untuk menghukum diri sendiri. Saya kadangkala degil dengannya..tidak mendengar kata-katanya
kerana saya protes dengan cara itu. Dia akan semakin marah dan hati saya akan terus terluka. Saya juga sudah pandai menghina dan memaki hamun orang lain sama seperti apa yang suami sering katakan kepada saya. Saya ingin berlapang dada..hidup dengan ceria,gembira dan bahagia dengan suami yang saya cintai. 

~~~~~~~~~~~~~**
Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup yang memerlukan penyesuaian, pengorbanan, persefahaman latar belakang pasangan dan keluarga pasangan. Ia juga memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi dalam mengharungi badai yang penuh dengan gelombang. Cara yang terbaik adalah sentiasa fokus dengan diri sendiri dan mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Mari lihat kenapa isu ini timbul..

* Mungkin sebelum ini puan memilih untuk memendam perasaan,mendiamkan diri dan menerima segala maki hamun dan cacian suami....tetapi apabila pendaman rasa itu sudah tepu, maka terasa seperti gunung berapi yang hendak meletup kerana sudah tidak tertahan lagi. Pendaman ini yang sangat menyakitkan dan akan menyebabkan diri terasa tertekan.

* Mungkin terlalu mengharap agar suami lebih memahami diri, berubah agar tidak lagi memaki hamun. Mengharapkan agar suami menjadi seperti yang puan harapkan tetapi hanya kekecewaan. Puan sudah mula rasa kecewa dan seolah-olah terlalu mengharap perubahan akan berlaku mengikut apa yang puan mahukan.

Apabila semua harapan dan pendaman tidak kesampaian, puan akan menjadi resah, tidak puas hati, menyalahkan suami, mengungkit semula apa yang berlaku sebelum ini dan sebagainya bagi membantu puan membalut luka yang sudah lama dipendamkan. Saya fahami dan kagum dengan harapan puan untuk menunggu perubahan suami. Namun bagi saya, puan terlalu fokus kepada suami sedangkan puan sudah sedia maklum bahawa puan sudah sedia menerima suami yang bercakap kasar, memaki hamun, bercakap kuat dan sebaginya.

Mungkin bagi melapangkan dada, buat masa ini puan boleh fikirkan untuk kurangkan harapan puan terhadap suami bagi mengelakkan rasa terlalu kecewa. Puan perlu sedar bahawa sesutu perubahan itu memerlukan masa yang lama, kesedaran sendiri dan petunjuk dari Allah swt. Teruskan usaha puan dan jangan putus asa. Selalulah berdoa untuk suami puan. Puan juga perlu mengawal desakan puan agar tidak timbul isu puan derhaka kepada suami. Puan juga perlu memuhasabah diri sendiri dan memperbaiki kesilapan.

Berbincanglah dengan suami dari hati kehati agar sama-sama memahami kehendak pasangan. Berbincanglah secara terbuka agar saling memahami isi hati dan jangan sesekali bersikap memendam perasaan. Pastikan suami faham dan jangan putus asa untuk menyatakan kepada suami bahawa masih ada peluang dan masa untuk nya berubah.

Biarkan suami membuat keputusannya dan puan harus redha atas apa jua keputusannya kerana dia bertanggungjawab dihadapan Allah swt. Puan perlu faham bahawa puan sebenarnya telah menerima realiti itu sejak dulu lagi. Oleh itu saya berharap agar puan fokus kepada diri sendiri dan tingkatkan keyakinan puan. Biarkan suami bertanggungjawab dengan apa yang dikatakan kepada puan. Saya berdoa agar suami puan diberikan petunjuk dan hidayah. Percayalah bahawa suami puan menyayangi puan dan kuatkan diri puan apabila dimaki hamun dengan solat dan berzikir. Teruskan usaha puan kerana sesungguhnya Allah swt menilai usaha bukan dari hasil yang didapati.

Akhir kata, masih ada keindahan dalam rumahtangga yang dilalui. Proses penyesuaian dan persefahaman masih belum 'matang' lagi. Belajarlah mengenal sifat suami dan cara-cara bagaimana melembutkan hatinya. Banyakkan solat dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk suami agar Allah swt melembutkan hatinya. 

** Kadangkala Allah swt menghantar orang yang kita tidak gemar sikap dan tingkah laku mereka yang sering menyakitkan hati. Namun, jika kita menganggap ini adalah ujian Allah untuk memberi pahala untuk kita, maka kita akan hadapi mereka dengan situasi yang tenang. Dalam Al-Quran ada menyebut, perkara yang kita benci itu, kadang-kadang ianya memberi kebaikan kepada kita. Yang penting adalah kebijaksanaan cara kita berhadapan dengan situasi tersebut.**



No comments:

Post a Comment