MEI 2011
Mei juga merupakan bulan kelahiran aku iaitu pada 17 MEI... hehe.
Tapi tahun nie istimewa skit dari tahun2 yang lepas....sebab aku dan mr.tunang akan mengakhiri zaman bujang... Majlis pernikahan antara aku dan cinta hatiku akan berlangsung pada 27 Mei nanti di Masjid Padang Tenggala... InsyaAllah. semoga Allah swt memudahkan segala urusan kami dan memberkati majlis kami nanti.. Aminn... Majlis pula akan diadakan pada 28 MEI dikediaman aku dan 29 MEI di kediaman mr.tunang... Harap semuanya berjalan lancar... DIJEMPUT SEMUA KAWAN2 DAN SAUDARA MARA HADIR KE MAJLIS KAMI....
Itu lah sebabnya MEI begitu indah untuk aku....
Dalam bulan MEI juga,banyak tarikh2 yang disambut...contohnya hari Ahad minggu kedua merupakan Hari Ibu... Cam tahun ni, Hari Ibu ialah pada 08 MEI..
Cite pasal Hari Ibu nie..ade yang salah tafsir...taksub sangat kot. Tepulang pada niat. Setiap hari adalah hari ibu...kalu kita sekadar sambut untuk menghiburkan hati ibu...memberikan tanda terima kasih..salah ke? Em..terpulang pada individu...
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
16 MEI... Hari Guru..
Aku sebagai seorang guru...pastinya terasa dan tidak boleh lari dari tarikh ini... Melihat anak2 didik,aku terpanggil melunaskan tanggungjawab dan menyempurnakan amanah. Mendidik,membimbing, dan mencurahkan segala ilmu untuk mereka... Siapa kamu sekarang? Kejayaan kamu sekarang bermula dari huruf2 asas... A,B,C.... Dari nombor2 asas... 1,2,3... Hatta,kenanglah jasa guru2 kita yang telah mendidik kita... Semoga Allah swt memberikan kesejahteraan buat guru2 ku... Aminn....
hari nie, 12 MEI...Hari Jururawat.
29 Mei nanti...Ulang Tahun Kelahiran Abang aku (yoep)
MEI itu indah...
Aku dan sidia lahir pada bulan yang sama.. MEI..
kami memilih bulan MEI jugak sebagai tarikh pernikahan dan perkahwinan kami...
Itulah sebabnya MEI itu indah...
No comments:
Post a Comment