LUV

pic

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 20, 2011

Sakit Itu Ujian Dari Allah....

Sakit adalah ujian
Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang  kita terhadap sesuatu.


“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “ (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maha PengasihNya Allah s.w.t.
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti  ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.
Pancaran ketenangan pada wajah pesakit adalah refleksi  dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan  yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi  berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.
Mudahnya Islam
Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan  isyarat mata.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)
"Aku bersyukur di atas setiap nikmatNya... ujian datang silih berganti... aku masih tabah mengharungi walau kadang2 aku tersungkur....  Aku menerima takdirMu Ya Rabb.... tabahkan hati ku menghadapi ujian Mu..."

No comments:

Post a Comment